CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Proton Terbang

25-6-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4026| Komen: 18

Description: Kereta Dipandu Mangsa Dipercayai Bergesel Dengan Sebuah Lori, Sebelum Hilang Kawalan Lalu Merempuh Pengadang Besi Jambatan


KEMAMAN – Pengguna Jambatan Baru Bukit Kuang gempar apabila sebuah kereta Proton Satria Neo yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun, terbang sejauh 20 meter selepas terjunam dari jambatan berketinggian 15 meter itu dalam nahas kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan mangsa, Nazlie Ali mengalami kecederaan parah dan dikejarkan segera ke Unit Kecemasan, Hospital Kemaman.

Kereta dipandu mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori, sebelum hilang kawalan lalu merempuh pengadang besi jambatan dan melayang jatuh ke tanah.

Bagaimanapun, mangsa yang dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Merchang, Marang untuk berjumpa dengan seorang rakan di Chukai, bernasib baik kerana bahagian belakang keretanya terhempas dahulu ke tanah.

Nampak mangsa tercungap sebelum pengsan

Saksi kejadian yang juga penyelia projek meruntuhkan jambatan Bukit Kuang lama, Tamil Selvan, 46, berkata, sebaik mendengar dentuman kuat, dia yang baru tiba di tempat kejadian segera meluru ke arah kereta yang remuk.

“Mangsa tercampak keluar dari belakang keretanya yang remuk dan terkopak. Terdapat luka panjang di lehernya, malah mulutnya juga keluar darah.

“Saya nampak dia tercungap-cungap sebelum pengsan dalam keadaan terlentang. Sebelah kakinya waktu itu tersangkut dicelah kereta remuk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Namun, Tamil berkata, dia dan pekerjanya yang menjadi orang terawal mengerumuni kereta mangsa, tidak berani menyentuh mangsa kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kecederaan lebih serius.

“Saya baru seminggu memulakan kerja di sini dan tak sangka berlaku nahas di luar jangkaan seperti ini,” katanya.

Kes pertama jatuh jambatan

Gara-gara rempuhan kuat, besi pengadang jambatan sepanjang kira-kira enam meter turut putus dan terjatuh ke tanah.

Kemalangan berkenaan menjadi kes jatuh jambatan pertama sejak Jambatan Baru Bukit Kuang dibuka kepada orang ramai pada Jun tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai nahas berkenaan.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scorpionkiki 25-6-2014 09:42 AM
Nasib naik bukan preve... Kalau Tak blh jd  panjang lebar
Quote tupaiterbang 25-6-2014 09:46 AM
celaka punya proton, kualiti mcm taik sampai kete leh terbang..ishh
Quote encikWawad 25-6-2014 09:54 AM
bagusnya leh terbanag  - harap2 ada yang leh berenang dan leh menyelam
leh ganti kapal selam nugaraaa -
Quote Simunggu 25-6-2014 09:54 AM
pandu laju mcm setan...
Quote otai_g 25-6-2014 10:00 AM
kalo ada airbag InsyaAllah leh selamat.

patut msia wajibkan semua kete kat msia kena ada airbag....
Quote batmana 25-6-2014 10:01 AM
laju sgt la tu..
smpai putus besi pengadang tu..

harap mamat ni diharamkan bawa kenderaan motokar selama 20 tahun akan dtg..
Quote peYno 25-6-2014 10:27 AM
keta takde safety.... mau safety pki preve laaa
Quote prettyuglybabe 25-6-2014 11:25 AM
bawak lagi macam pelesit
Quote annehuda 25-6-2014 11:27 AM
selayaknyela ummah setakat bawak proton neo tp fefeeling bawak keter ferrari satu pintu
Quote kucen_miang 25-6-2014 11:29 AM
proton boleh terbang. ko adooo?
Quote HaifaHanna 25-6-2014 12:06 PM
Harus memecut ni....
Ngeri betol la tgk org bwk kete lelaju nii, mcm nyawa ade jual kt kedai runcit....
Quote blackred99 25-6-2014 12:21 PM
konfem laju.
Quote alinone78 25-6-2014 12:28 PM
neo ni mmg overpower k
Quote fcl29 25-6-2014 12:28 PM
yg dasatnye tercampak ikut cermin blakg...
Quote Centurion 25-6-2014 12:30 PM
Mujur ada tamil selvan dan rakan2...
Quote lipans 25-6-2014 12:35 PM
Neo The Matrix.
Quote zaliza 25-6-2014 01:16 PM
nak test powerrr
Quote Cik_Andak 25-6-2014 01:17 PM
Kes bawak laju habes pusing meter nih....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066517 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top