BIARPUN hampir berusia 50 tahun, namun wajah Aamir Khan bagai tidak ditelan usia dan ramai yang merasakan aktor kacak itu baru berusia sekitar 30-an. Menegaskan tidak mengambil sebarang suntikan, Aamir mendedahkan dia hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersyukur dilahirkan dari keluarga yang mempunyai gen yang sihat. “Saya harus mengakui bahawa faktor genetik adalah hal yang sangat berpengaruh dan penting. Dek kerana saya menjalani gaya hidup yang sihat membuatkan wajah dan tubuh saya bagai tidak mengikut peredaran usia dan itu sahajalah rahsia awet muda saya,” katanya. Aamir berkata, bukan sahaja memilih makanan yang sihat, dia juga gemar berolahraga bagi menjaga kesihatannya itu.
|
AdamBillionaire posted on 24-3-2014 04:27 PM
petua adam selalu berforum dan hapuskan multinick untuk kekal awet muda..
jaa139 posted on 24-3-2014 04:30 PM
berforum selalu lagi cepat tua kalau kena hentam dek forumer lain sampai berkerut2 dahi..
AdamBillionaire posted on 24-3-2014 04:27 PM
petua adam selalu berforum dan hapuskan multinick untuk kekal awet muda..
ADVERTISEMENT