CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Periksa Belakang, Raja Bomoh Sindir Anwar

24-3-2014 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16163| Komen: 119







Kuala Lumpur –‘Raja Bomoh Sedunia’, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengatakan beliau ‘takut’ dengan gesaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar pihak berkuasa menjalankan siatasan terhadapnya.

“Anwar kata saya memalukan, apa (yang) saya malukan? Saya buat kaedah perubatan tradisional. Yang terbang-terbang (itu) bukan saya buat, orang lain yang buat.
“Tapi dia kata check (periksa) Ibrahim Mat Zin punya belakang. Saya takut dia check (periksa) belakang saya, bahaya nanti kena dua kali (liwat). Saya kena jaga baik-baik,” sindirnya ketika ditemui wartawan portal suara.tv petang tadi.


Anwar sebelum ini sebelum ini menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap bomoh yang melakukan upacara itu di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang kononnya untuk membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.

“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?” ujar Anwar ketika membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agung di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ibrahim secara sindiran berkata, dia yang sepatutnya menjaga belakang Anwar. Beliau turut menasihati ahli parlimen Pematang Pauh itu agar menjaga aib sendiri sebelum mempertikaikan masalah orang lain.

“Saya pesan beginilah, jangan tuduh orang tak tentu hala. Koyak kita jaga dulu, koyak orang jangan dedah. Koyak orang (yang kecil) riuh, koyak dia yang besar tak riuh.
“Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri main belakang. Allahu Akhbar,” jelas beliau lagi.

Menurutnya sebelum ini ramai yang bertanya kepadanya berkenaan kes liwat Anwar, namun beliau enggan memberikan sebarang reaksi kerana tidak mahu masuk campur.
8

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejarihalus 20-3-2014 09:35 AM
Alah tok moh x hbs dgn publisiti murahan
Quote solstice 20-3-2014 09:42 AM
Bomoh umno ni dah sewel & gila glemer dah
Insaf2 lah tok moh weh
Umo pon dah 80an
sudah2 lah buat & pomot benda syirik & memperbodohkan diri sndiri
Satu dunia dok gelak kat Msia
Semua org terpalit
Quote taji2906 20-3-2014 09:47 AM
1 mesia dok mengata tok moh.. tunggu tuhan nak tunjuk kebenaran satu hari nanti...
Quote crossfire 20-3-2014 09:47 AM
solstice posted on 20-3-2014 09:42 AM
Bomoh umno ni dah sewel & gila glemer dah
Insaf2 lah tok moh weh
Umo pon dah 80an

betul kata dia dia, jaga aib sendiri, biarlah Tok Moh dgn cara dia.......
Quote crossfire 20-3-2014 09:48 AM
taji2906 posted on 20-3-2014 09:47 AM
1 mesia dok mengata tok moh.. tunggu tuhan nak tunjuk kebenaran satu hari nanti...

Tok Moh ada santau uols tau

Kegilaan apakah dibawa Tok Moh ini.

Quote solstice 20-3-2014 09:48 AM
crossfire posted on 20-3-2014 09:47 AM
betul kata dia dia, jaga aib sendiri, biarlah Tok Moh dgn cara dia.......

Masalahnya dia ni dok memalukan Msia
Satu dunia dok gelak
eeeeee

Quote twins 20-3-2014 09:51 AM
Tok Moh dah fofular..... David Copperfield pun tabik spring sbb dia cuma pandai hilangkan barang jer.. tapi Tok Moh ni complete set... siap ngan lawak jenaka lagi....
Quote crossfire 20-3-2014 09:52 AM
solstice posted on 20-3-2014 09:48 AM
Masalahnya dia ni dok memalukan Msia
Satu dunia dok gelak
eeeeee

itu cara dia, memang sewel..
memana pun ada org sewel di dunia ini, tapi sewel dia nie lain macam sikit..tahap Raja Lawak Mega.


Quote gede-bab 20-3-2014 09:53 AM
eeee..tajam sindiran tok moh ni...anwart tak mau saman ka???
Quote crossfire 20-3-2014 09:54 AM
gede-bab posted on 20-3-2014 09:53 AM
eeee..tajam sindiran tok moh ni...anwart tak mau saman ka???

salah satu cara untuk dia dikenali .....
Quote nolya 20-3-2014 09:59 AM
jejarihalus posted on 20-3-2014 09:35 AM
Alah tok moh x hbs dgn publisiti murahan

Ala.. tak perlu kecoh2lah. Alang2 kemaren tu dah termalu, memalukan M'sia lagi, so now cari publisitilah.  Salah strategi marketing kot. Dulu boleh tampar buaya tembaga shng mati, nak tampar KJ, now tampar aje le AI.  Biar semua orang bisu.
Quote nizam49 20-3-2014 10:03 AM
hidup tok moh....
Quote nolya 20-3-2014 10:04 AM
crossfire posted on 20-3-2014 09:47 AM
betul kata dia dia, jaga aib sendiri, biarlah Tok Moh dgn cara dia.......

Dia sendiri yg sudah mempamerkan keaiban dia sendiri, lagi mau salahkan orang, nak celen2 orang. Kamonlah.  Now satu dunia dah tau.  Orang luar tak ketawakan dia saja tetapi orang juga ketawakan M'sia.  Subhanallah....
Quote crossfire 20-3-2014 10:05 AM
nizam49 posted on 20-3-2014 10:03 AM
hidup tok moh....

[youtube]0ieTSgmcCqg[/youtube]

hanya Tok Moh yg boleh buat.
Quote niceghost2005 20-3-2014 10:08 AM
Pangkah,

Article bomoh VVIP nie pung hang nak sensasikan???
X ada kelas laaaaa...................


Salam

Quote Dunhill. 20-3-2014 10:10 AM
Kredibiliti dia dh jatoh skrg neh
Quote nizam49 20-3-2014 10:18 AM
crossfire posted on 20-3-2014 10:05 AM
hanya Tok Moh yg boleh buat.

nasib anuar x bertanding kat kajang...klau x msti tok moh sruh lta kdia situ... hidup tok moh


Quote crossfire 20-3-2014 10:20 AM
nizam49 posted on 20-3-2014 10:18 AM
nasib anuar x bertanding kat kajang...klau x msti tok moh sruh lta kdia situ...  ...

Tok Moh byk dipengaruhi oleh citer khayalan...
Quote fifie_olin 20-3-2014 10:38 AM
x abis2 la psl dia ni...

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.190290 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top