Kuala Lumpur –‘Raja Bomoh Sedunia’, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengatakan beliau ‘takut’ dengan gesaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar pihak berkuasa menjalankan siatasan terhadapnya.
“Anwar kata saya memalukan, apa (yang) saya malukan? Saya buat kaedah perubatan tradisional. Yang terbang-terbang (itu) bukan saya buat, orang lain yang buat.
“Tapi dia kata check (periksa) Ibrahim Mat Zin punya belakang. Saya takut dia check (periksa) belakang saya, bahaya nanti kena dua kali (liwat). Saya kena jaga baik-baik,” sindirnya ketika ditemui wartawan portal suara.tv petang tadi.
Anwar sebelum ini sebelum ini menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap bomoh yang melakukan upacara itu di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang kononnya untuk membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.
“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?” ujar Anwar ketika membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agung di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ibrahim secara sindiran berkata, dia yang sepatutnya menjaga belakang Anwar. Beliau turut menasihati ahli parlimen Pematang Pauh itu agar menjaga aib sendiri sebelum mempertikaikan masalah orang lain.
“Saya pesan beginilah, jangan tuduh orang tak tentu hala. Koyak kita jaga dulu, koyak orang jangan dedah. Koyak orang (yang kecil) riuh, koyak dia yang besar tak riuh.
“Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri main belakang. Allahu Akhbar,” jelas beliau lagi.
Menurutnya sebelum ini ramai yang bertanya kepadanya berkenaan kes liwat Anwar, namun beliau enggan memberikan sebarang reaksi kerana tidak mahu masuk campur.
Bomoh umno ni dah sewel & gila glemer dah
Insaf2 lah tok moh weh
Umo pon dah 80an
sudah2 lah buat & pomot benda syirik & memperbodohkan diri sndiri
Satu dunia dok gelak kat Msia
Semua org terpalit
Tok Moh dah fofular..... David Copperfield pun tabik spring sbb dia cuma pandai hilangkan barang jer.. tapi Tok Moh ni complete set... siap ngan lawak jenaka lagi....
jejarihalus posted on 20-3-2014 09:35 AM
Alah tok moh x hbs dgn publisiti murahan
Ala.. tak perlu kecoh2lah. Alang2 kemaren tu dah termalu, memalukan M'sia lagi, so now cari publisitilah. Salah strategi marketing kot. Dulu boleh tampar buaya tembaga shng mati, nak tampar KJ, now tampar aje le AI. Biar semua orang bisu.
crossfire posted on 20-3-2014 09:47 AM
betul kata dia dia, jaga aib sendiri, biarlah Tok Moh dgn cara dia.......
Dia sendiri yg sudah mempamerkan keaiban dia sendiri, lagi mau salahkan orang, nak celen2 orang. Kamonlah. Now satu dunia dah tau. Orang luar tak ketawakan dia saja tetapi orang juga ketawakan M'sia. Subhanallah....