CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun - Aku Bunuh Anak Kau !

24-3-2014 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11277| Komen: 86

Shah Alam: “Tak bagi kunci, aku bunuh anak lu (kau).” Itu ugutan diterima mangsa cubaan rompakan kereta, seorang wanita berusia 34 tahun, apabila enggan menyerahkan kunci kenderaan pacuan empat roda model Toyota Hilux kepada seorang penjenayah.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin, mangsa dikatakan baru selesai membeli barang keperluan di sebuah kedai serbaneka berhampiran Taman Anggerik, Kota Kemuning di sini.

Mangsa bagaimanapun mendakwa terkejut apabila disergah seorang lelaki yang tiba-tiba muncul sebelum mengacukan parang.

“Saya yang baru menghantar anak sulung ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Rimau, di sini, menyedari diekori sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam sebelum itu.

“Selepas selesai membeli barang, saya meletakkan anak perempuan berusia tiga tahun di tempat duduk belakang, Namun seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tiba-tiba menengking dan mengarahkan saya menyerahkan kunci kepadanya,” katanya.
Dia tambah panik apabila suspek merentap anaknya sebelum mengacukan parang.

“Saya cuba sedaya upaya untuk menarik tubuh anak saya, yang ketika itu menangis ketakutan. Namun penjenayah enggan melepaskan cengkaman dan mengugut mahu membunuhnya.

“Saya turut menjerit sekuat hati dengan harapan ada individu yang melihat insiden itu dan menolong. Malah, saya menyebut Allah SWT berulang kali,” katanya.

Menurutnya penjenayah akhirnya melepaskan tubuh anaknya selepas mereka tarik-menarik lebih 10 minit sebelum melarikan diri.

“Mujur anak perempuan saya hanya mengalami luka kecil di kakinya kerana terkena parang,” katanya.

Dia kemudian bergegas mendukung anaknya itu sebelum lari ke sebuah kedai serbaneka berhampiran untuk mencari perlindungan.

“Suami yang datang membantu kemudian membawa saya membuat laporan di Balai Polis Shah Alam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397, Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.



MANGSA melakonkan detik cemas ketika adegan tarik-menarik anaknya dengan suspek.


KECEDERAAN kecil dialami anak mangsa akibat terkena parang.

7

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 22-3-2014 05:53 AM

MANGSA melakonkan detik cemas ketika adegan tarik-menarik anaknya dengan suspek.
Quote berancuk 22-3-2014 05:56 AM
wira rompak toyota, perodua mana?
Quote tongkatwaran75 22-3-2014 06:03 AM

KECEDERAAN kecil dialami anak mangsa akibat terkena parang.
Last edited by tongkatwaran75 on 22-3-2014 05:31 PM

Quote mnahis 22-3-2014 06:30 AM
tongkatwaran75 posted on 21-3-2014 08:03 PM

siap ada analisis tu. lol
Quote berancuk 22-3-2014 06:35 AM
akak ingatkan dia picit apa lah tadi
Quote Innrukia 22-3-2014 07:00 AM
Apa kaitan note abe tong mangsa pakai tudung fareeda tu
Quote vespa_oren 22-3-2014 07:00 AM
Hilux memang barang panas yek,
Quote mak_wa95 22-3-2014 07:03 AM
Pakai tudung pareeda ..kudis anak pun xmampu nak ubati..beli creamsapu..berapa ringgit je...
Quote mak_wa95 22-3-2014 07:05 AM
Sian kecik2 xajar anak jaga kebersihan diri..besar2 jadi pengotor... Last edited by mak_wa95 on 22-3-2014 07:06 AM

Quote FlowerGirl 22-3-2014 07:08 AM
Korang bapak lawak......
Ni citer psl rompakan ke kudis?
Quote Nham22 22-3-2014 07:25 AM
Maksud cukup simbolik..tudung pareeda+kudis dikaki anak....
Quote kambeng_masam 22-3-2014 07:34 AM
yang pompuan tu sayang sangat kat hilux dia kenapa? berikan ajerlah keta tu. Sanggup pula main tarik2 anak dengan penyamun tu? mujur tak dilibasnya dengan parang.

btw, toyota hilux adalah antara model kenderaan yang cukup laku untuk dicurik. Honda civic EK dan EG dua pintu pun mmg cukup popular di kalangan pencurik keta.
Quote cicikaembong 22-3-2014 07:42 AM
kambeng_masam posted on 22-3-2014 07:34 AM
yang pompuan tu sayang sangat kat hilux dia kenapa? berikan ajerlah keta tu. Sanggup pula main tarik ...

Betul2..aku sgt setuju.dh ade beberapa member hilang hilux..
Quote cicikaembong 22-3-2014 07:43 AM
mak_wa95 posted on 22-3-2014 07:03 AM
Pakai tudung pareeda ..kudis anak pun xmampu nak ubati..beli creamsapu..berapa ringgit je...

Konpem ke paridah? Skali cap makjemah je..

Aku kan..stiap kali tgk tudung parida,terigt kt skirting meja makan umah nenek aku..seiras. tu pn rmai pmpuan mcik2 jakun nak pakai.dh beli siap selfie kt fb.de hek....
Quote xpdckelate 22-3-2014 07:49 AM
siang hari pun nak menyamun...aman malaysiaku
Quote mak_wa95 22-3-2014 07:52 AM
cicikaembong posted on 22-3-2014 07:43 AM
Konpem ke paridah? Skali cap makjemah je..

Aku kan..stiap kali tgk tudung parida,terigt kt ski ...

aku pun xkenal tudung parida ke ariani ke pasar malam ke...tudung macam sambungmperca kain je...diorang berebut nak pakai sebab mahal kut..hanya orang yang mampu je pakai tudung mahal....
Quote cicikaembong 22-3-2014 07:53 AM
mak_wa95 posted on 22-3-2014 07:52 AM
aku pun xkenal tudung parida ke ariani ke pasar malam ke...tudung macam sambungmperca kain je...di ...

Nk kira mmpu,bole jugak la kalau korek2 tbung nk beli ..tp pattern dia,like seriously? Mcm pprt.
Quote sashin 22-3-2014 08:08 AM
sesetengah prempuan dok tayang ada koleksi parida..ala2 aset berharga la kononnya.."lihat lah dunia.." gituwww
yerla...tudung mahai kan..kena la ekshen sket tutup aurat tu no 2
Quote kecimpret 22-3-2014 08:16 AM
Kena pakai auto gate...dah tutup auto gate baru bukak pintu keta

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 1.026758 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top