View: 2249|Reply: 3
|
DAP di ambang perpecahan gara-gara sikap ego
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 10 Mei – DAP dikatakan berada di ambang perpecahan gara-gara perasaan tidak puas hati sebahagian pemimpinnya terhadap Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan, sukar bagi mereka untuk bersabar dengan kedegilan Kit Siang yang enggan berundur daripada arena politik sejak mula bertanding dalam pilihan raya umum pada 1969.
Beliau mendakwa, Kit Siang masih aktif dalam DAP semata-mata untuk menjaga kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung parti yang belum disahkan.
“Dua beranak itu mempunyai ego yang besar, mereka tidak akan mengaku salah malah sebaliknya meletakkan beban kesalahan pada pihak lain.
“Namun, kebanyakan pemimpin dan ahli DAP tidak berani bersuara kerana takut dicantas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Kit Siang dan Guan Eng menyalahkan pihak lain termasuk sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem atas kegagalan DAP mempertahankan lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.
Kit Siang turut menyifatkan pertembungan antara DAP dan PKR di beberapa kawasan sebagai punca kekalahan yang memalukan bagi pakatan pembangkang.
Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata, DAP dan PKR sepatutnya me­nerima hakikat kekalahan pakatan pembangkang pada PRN-11 Sarawak.
“Rakyat Sarawak khususnya pengundi Cina yakin mereka dapat manfaat lebih besar dengan menyokong pentadbiran Adenan berbanding dengan DAP,” jelasnya.
Beliau memberitahu, pengundi di Sarawak juga menolak pakatan pembangkang kerana mereka gagal untuk bersatu seperti yang dibuktikan melalui pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan.
sumber info: utusan malaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah telah menunjukkan bahawa ego memang selalu membawa kepada perpecahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah kah.. berita recycle rupanya.. pelik gak.. dok tak duduk DAP nak brpecah.. |
|
|
|
|
|
|
|
PKR dgn DAP parti anak beranak, so what Zuraida PKR pun nak letak anak dia jadi calon |
|
|
|
|
|
|
| |
|