|
Edited by cendolsantan at 11-5-2016 06:48 PM
Air mata berlebihan boleh disebabkan oleh dua mekanisma, penghasilan air mata berlebihan atau penyumbatan pada saliran air mata. Kadangkala kedua-dua mekanisma tersebut boleh berlaku serentak.
Air mata dihasilkan oleh pelbagai kelenjar yang terdapat pada bahagian mata. Pengaliran keluar air mata pula adalah melalui dua lubang kecil di sudut dalam kelopak mata. Apabila mata berkelip, air mata akan dialirkan ke dalam lubang tersebut dan seterusnya mengalir ke ruang/rongga hidung melalui saluran nasolakrimal. Mata akan berair sekiranya berlaku penyumbatan saluran nasolakrimal.
Penyumbatan Saluran Nasolakrimal
Penyumbatan pada sistem saliran ini selalunya tidak mendatangkan kesakitan tetapi ia menyebabkan pengumpulan airmata berlebihan dalam mata. Pengeluaran airmata yang berterusan memaksa pesakit mengesatnya sepanjang hari. Lelehan airmata yang berterusan dan perbuatan sering mengesat airmata boleh menyebabkan kulit di sekeliling mata melecet.
Rawatan yang dilakukan bertujuan untuk mencari punca penyumbatan. Penyemburan cecair pada sistem ini dengan menggunakan tiub boleh membantu menentukan lokasi bahagian yang tersumbat. Pembedahan bertujuan bagi menghasilkan saliran baru untuk pengaliran keluar air mata ke ruang hidung. Ini dapat melegakan keadaan pesakit.
Keadaan-keadaan lain yang boleh menyebabkan mata berair adalah seperti berikut.
1. Konjunktivitis
Jangkitan kuman pada mata menyebabkan mata berair, bertahi, merah dan bengkak pada kelopak mata.
2. Masalah pada kornea
Gangguan pada lapisan kornea seperti luka pada kornea, kedudukan bulu mata yang melentik ke dalam, dan bendasing pada kornea boleh menyebabkan mata berair dan rasa berpasir di dalam mata atau sakit.
3. Ektropion
Kedudukan kelopak mata yang melentik keluar menyebabkan kekeringan kornea dan kedudukan lubang saliran air mata yang tidak sempurna, lantas menyebabkan air mata bertakung dan tidak mengalir ke ruang / rongga hidung.
Gambar mata dengan ektropion kelopak mata
4. Entropion
Kedudukan kelopak mata yang melentik ke dalam menyebabkan bulu mata bergisir dengan bahagian kornea sewaktu bola mata bergerak. Ini menyebabkan iritasi yang boleh merangsang kesakitan lantas menyebabkan pengeluaran airmata yang banyak.
5. Glaukoma Kongenital
Mata berair di kalangan bayi selalunya disebabkan oleh kelewatan pembukaan saluran nasolakrimal. Keadaan ini biasanya sembuh apabila kanak-kanak membesar. Walaubagaimanapun, mata berair di kalangan kanak-kanak mungkin merupakan tanda-tanda glaukoma kongenital yang memerlukan diagnosa rawatan awal oleh doktor mata. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan kebutaan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
erm..macam mane Kalau welding ya @ipes2
Semalam Suami superM welding lah Lepastu mlm Lepas kepenatan,
Dia lelap mata,Lepastu mata tak Boleh Bukak,merah gila mata dia..Tido bantal basah air
Mata tak henti mengalir.tp Bangun pagi td dah ok lah. |
|
|
|
|
|
|
|
welders selalu gitu M
arc-lights tu terang sangat
tu kena pakai specail visor tu
ingatkan kat hubby jgn ever bukak visor tu kalau weldeing apa apa
if supervise workers dia je pon, kena pakai visor jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha..betol tu,Pekerja dia tu ala Kadar jua,Nanti keluar superM nak belikan safety visor,safety helmet dll.
Biasanya superM yang perempuan ni tekankan,bak kata ipes lah membebel,
Kalau diaorang pakai tak pakai suka hati je,Kalau Ada safety inspection baru pakai.
Biasanya super M Bagi tazkirah,tapi Sebab cakap laju gaknya asik tak paham-paham.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha suuh lah depa pakai, sian depa nanti, retina ni takleh heal tau bila dah rosak. retina kita ni sensitive sgt sampaikan mlm mlm yg gelap pekat tu, dok 2-5minit mulalah kita dapat nmpak sikit sikit pokok etc etc; lama lama byk belh nampak. padahal the amount of available lights tu sikit sgt. jagi, kalat welders light yg mcm kilat tu, tentu lah musnah pepuluh ribu rececptors dalam retina tu tiap kali depa wld; nnt omo 40+ rabun dah..satu ari bawak kete terbabas sebb tak sure jln curve ke tak; nnt org kata oh kemlangan, innalillah.. padahal masa muda tak mo pakai visor mase welding . itulah kaedahnya
heh awak jgn mandai beli visors tu... tu mahal tau, semua heavy duty besi. kat sini i tgk kat mechanic i, visorsnya dia siap boleh auto-tint dan auto-adjust, ade meter meter kat visortu hi hi lebih lebih
teringat i masa pakai visor and body suit utk buat surgery yg sensitive dulu dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 13-5-2016 05:21 PM
ha suuh lah depa pakai, sian depa nanti, retina ni takleh heal tau bila dah rosak. retina kita ni ...
Owh yeke.. Kisah takut aritu nak pergi airport, ipes tau kan superM rabun, tak nak pakai spec. Sekali dalam hujan rintik-rintik air bergelombang, bawak kete orang, tak tahu hidupkan wiper belakang, lepastu xtahu hidupkan lampu besar ke kecil.
Sampai satu selekoh superM ingat jalan barutar, lupanya lopak air yg besar. Memang m3mbuang kereta, nasib si baby dalam carseat pakai seatbelt, tak da kereta lain. Kalau tak memang cari nahas. Esok ke lusa nak buat spec. Dah insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
whoa close call tu SM
kena keep semua aspek in good order
kete, driving kita, badan kita etc
kalau ada aspek dalam ni yang tak optimum, mcm mcm bleh berlaku tau nauzubillah
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 14-5-2016 07:08 AM
whoa close call tu SM
kena keep semua aspek in good order
kete, driving kita, badan kita etc
Bukan tak mao pakai cermin mata, tp takut macam makcik2 pula. Lagi-lagi muka dah serabai gini. Nak Pakai contact lense takut selaput mata ni terkopek pula. Sebab superM ada sejarah kan, Mata tak boleh kering. Kena aircond pun kering lpastu susah buka mata mcm melekat, mata pedih berair tak henti. |
|
|
|
|
|
|
|
mata iols penah kne tiba2 merah kt sebelah bijik mata hitam. kdg2 la jadik. sbb mata letih ke. pnh sebelum ni mata aku pedih mcm tertarik2 2 kali belah kiri.
tp sejak pki spek ni da kurang skt. alami masalah tarik2 tu. tp skalk tarik mmg sakit dn akan berair |
|
|
|
|
|
|
| |
|