View: 4341|Reply: 9
|
Misteri UFO Mendarat Di Malaysia??
[Copy link]
|
|
Gempar! Sebuah Unidentified Flying Object (UFO) kelihatan berlegar-legar di udara sekitar kampung aku.... Ramai yang tergamam melihatnya kerana belum pernah melihat objek sebegitu rupa terbang rendah begitu. Apatah lagi dengan bentuknya yang bulat & tiada sebarang bunyi dikeluarkan.....
Ia mengeluarkan cahaya merah bak delima bagaikan spotlight sedang menyuluh sesuatu dibawahnya.... Bagaikan pesawat peninjau, cahayanya itu menyuluh sesiapa saja yang ada di bawah. Banyak cerita mengenai UFO keluar dari seluruh dunia. Pelbagai cerita boleh kita dengar dari mereka yang berpengalaman melihatnya... tak kurang juga yang mengaku pernah diculik 'alien' UFO ini.
Misteri UFO tidak pernah terungkai hingga sekarang oleh pengkaji Barat. Sejak tahun 1950an manusia telah melihat objek misteri ini. Sejak itu ramai yang mengkajinya. Teknologi UFO sangat tinggi & tak tergapai dengan teknologi manusia sekarang. Banyak juga dokumentari mengenai UFO di TV & banyak juga filem yang berkisar mengenai UFO & alien dalam ceritanya....
Jadi apakah UFO? Aku bukanlah pengkaji UFO, jauh sekalilah nak menjelaskan mengenai UFO ini. Ramai juga yang tidak mempercayai kewujudannya kerana tidak pernah melihatnya. Namun terus terang aku cakap kerana aku sendiri pernah banyak kali melihatnya... Apatah lagi dengan banyak penipuan mengenainya juga tersebar dengan video-video palsu. Keluarga aku semuanya pernah melihat kelibat UFO ini. Ibu tersayang aku juga pernah mengalami peristiwa UFO menyuluhnya dengan cahaya merah sepertimana gambaran di atas sewaktu beliau masih kecil. Kejadian berlaku di Kampung Sungai Pinang, Balik Pulau sekitar tahun 1960an. Kejadian tersebut berlaku ketika ibu bersama anak sedara sedang bermain di luar rumah pada sebelah petang. Tak lama selepas itu, seluruh kampung hiruk pikuk dengan ceritan orang kampung yang panik melihat objek berbentuk bulat yang terbang hanya tinggi pokok kelapa sahaja.
Ada yang berlari lintang pukang, ada yang menjerit hantu... porak poranda keadaan ketika itu. Dari jauh, ibu terlihat cahaya merah terang sedang datang dari hujung kampung dari celahan pokok. Cahayanya sangat terang & menyuluh ke bawah... Sedar tak sedar, UFO tersebut dah berada di atas kepala ibu & menyuluh cahayanya kepada ibu. Ibu yang panik terus pegang anak sedaranya & lari lintang pukang masuk ke dalam rumah.
Menurut ibu, cahaya itu mengikutknya ke mana saja beliau lari. UFO tersebut dikatakan pergi ke hujung kampung & mendarat di sawah padi. Cerita disampaikan oleh sedara ibu yang rumahnya berada sebelah sawah padi tersebut... Namun setelah berpuluh tahun kemudian... pada tahun 1996, sewaktu aku di tingkatan 4 & kalau tak silap aku, UFO tersebut datang lagi dengan cara yang sama seolah meninjau keadaan kampung tersebut. Cerita ini disampaikan oleh Allahyarhamah ibu sedara aku yang juga menyaksikan kejadian UFO tersebut sewaktu ibu masih kecil yang ketika itu ibu sedang bermain dengan anaknya di luar rumah. Namun kisah ini tidak kecoh di dada akhbar. Apatah lagi diceritakan secara terbuka...
Apatah lagi ada yang percaya ianya hantu. Cerita ini tidak ramai yang tahu melainkan penduduk kampung itu sendiri & aku rasa aku patut berkongsi cerita ini kerana tidak mahu cerita UFO ini hanyalah dikatakan dongengan semata-mata... kalau anda tidak percaya cerita ini terpulanglah.....
sumber info : http://duniajam.blogspot.my/2012/04/ufo-mendarat-di-malaysia.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kampung ko kat ner..gambar ni ko yg amik ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia nya cite la bang. dia kopipes kot. ada link tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hihi..tau..sajer ngusik
|
|
|
|
|
|
|
|
Awat nampak mcm photoshop jahh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr kecik sampai ke tua mak dgr citer ufo ni. Fedup jugaklah sebab x pernah nmpk btl2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|