View: 2752|Reply: 7
|
Selepas 21 Tahun Buta, Nenek Ini Dapat Melihat Semula
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Bagaikan satu keajaiban apabila seorang wanita berusia 70 tahun yang buta selepas kecederaan trauma dua dekad lalu kembali dapat melihat selepas satu pembedahan akibat terjatuh.
Pada 1993, Mary Ann Franco cedera tulang belakang akibat kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau buta.
Ogos lalu pula, beliau terjatuh di rumahnya di Florida, lapor ABC News. Pakar saraf, Dr John Afshar, yang mengendalikan pembedahan itu menjelaskan bahawa pemulihan penglihatannya adalah satu keajaiban.
Beliau berpendapat kemalangan kereta lama dulu mungkin menjejaskan arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak yang mengawal penglihatan.
Pembedahan di tengkuk itu mungkin berjaya membebaskan arteri dan mengembalikan aliran darah ke otak, katanya. Franco yang gembira dapat melihat kembali keluarganya mendakwa dia kini juga boleh melihat warna. Sebelum kemalangan, Franco mengalami buta warna.
Sungguh menakjubkan, bayangkan hampir 21 tahun nenek ini tidak dapat melihat apa-apa kemudian tiba-tiba sahaja "ditakdirkan" pulih. Sudah pasti dia gembira tak terhingga kerana di usia tua, dia sempat juga melihat kembali keindahan dunia terutamanya kaum keluarga tersayang. - CARI Infonet.
Sumber : AGENSI/bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur le dapat melihat semula itu le hikmah disebalik sesuatu kejadian |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo mak neves uolss...tp syukorlah |
|
|
|
|
|
|
|
wah....syukurlah....
setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.......... |
|
|
|
|
|
|
|
keajaiban...bsyukurlah.... |
|
|
|
|
|
|
|
penantian yang tak sia2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|