Adakah anda penggemar sushi? Sedarkah anda bahawa adanya beberapa peraturan yang perlu diikuti ketika anda memakan sushi?
Dalam video yang dikongsikan ini, Chef Naomichi Yasuda akan menunjukkan empat peraturan atau cara-cara supaya anda boleh menikmati rasa sushi seperti apa yang chef mahukan.
Menurut beliau yang sudah berpengalaman selama 27 tahun, selain kuantiti bahan, antara faktor yang mempengaruhi rasa sushi ialah suhu penyediaan nasi dan ikan.
Tambah beliau lagi, pemilihan tempat duduk juga boleh mempengaruhi rasa sushi yang anda mahu nikmati.
Bagaimanapun, kami merasakan peraturan tersebut kurang relevan jika anda menikmati sushi segera yang dibeli di pasaraya besar di luar sana.- CARI Infonet