CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CrowneGlory

Kesian Yazid kena maki dgn wife kesayangan amy ;Update luahan hati anak #287

[Copy link]
Post time 11-5-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 11-5-2016 08:44 PM
kid tu kenapa eh?teruk betul muka dia.mcm remuk semacam muka dia .hampir2 tak kenal masa kat melet ...

Mereput dek dadah ker dikk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang menjawab pun macam lepas batuk di tangga je, pandai plak pusing part lain. apapun lantak depa lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
So betullah skrg ni yazid xdpt duit..hah..kt situ betul dah....

Cuma kena buktilah bini dia maki hamun yazid .
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 11:07 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 08:59 AM | Show all posts
alesandra replied at 11-5-2016 08:44 PM
kid tu kenapa eh?teruk betul muka dia.mcm remuk semacam muka dia .hampir2 tak kenal masa kat melet ...

Ambik barang punya hal lah ni agaknya
Teruk sangat, dah macam tengkorak idup
Walhal zaman meletup dgn Gersang dulu punya lah kiut miut
Tapi Abg dia Nordin tu nampak berisi pulak wpun khabar kata dia pun 'tarik' sama
Yg menten hensem cuma Nasir & Amy
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 12-5-2016 08:59 AM
Ambik barang punya hal lah ni agaknya
Teruk sangat, dah macam tengkorak idup
Walhal zama ...

Khenz?

Padahal Din ni laaa otainta.

Tapi heshe menten.

Kid ni dah rupa ponen kertu pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2016 09:26 AM | Show all posts
berita hari ni cakap bini amy mngaku ada memarahi yazid. kira betul la tu dia maki
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 09:30 AM | Show all posts
lazim replied at 12-5-2016 09:26 AM
berita hari ni cakap bini amy mngaku ada memarahi yazid. kira betul la tu dia maki

betul la tu. dah mengaku dah pun. so sedikit sebanyak cerita yazid ada benarnya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 10:03 AM | Show all posts
alesandra replied at 11-5-2016 08:44 PM
kid tu kenapa eh?teruk betul muka dia.mcm remuk semacam muka dia .hampir2 tak kenal masa kat melet ...

kid on drugs kan that y muka teruk sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:39 AM | Show all posts
“Saya Marah Yazit Demi Mempertahankan Search Yang Dituduh Penipu"

Oleh Hazawani Ariffin pada 12 May 2016, 10:05AM

Norhasniza Hassan yang juga merupakan isteri kepada kumpulan lagenda rock, Amy Search mengakui tindakannya memarahi pemain drum kumpulan itu, Yazit baru-baru ini. Namun ianya berlaku kerana beliau ingin mempertahankan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kumpulan Search yang didakwa sebagai penipu.

“Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami. Dia bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah”

“Saya tidak boleh tahan lagi dan bertindak memarahi dia semula kerana ingin memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut adalah salah,” katanya kepada m Star Online ketika ditanya mengenai dakwaan Yazit sebelum ini yang ditengking akibat bertanya tentang bayaran.

Norhasniza atau mesra disapa dengan panggilan Nourish berkata, apa yang dituduh oleh Yazit sudah keterlaluan sehingga secara tidak langsung telah menyentuh maruah keluarganya. Apa lagi apabila beliau sendiri mula melemparkan kata-kata kesat dan menuduh suaminya penipu dan ahli kumpulan Search pecah amanah. (rkty/w)
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:44 AM | Show all posts
Komen nourish istery amy :

Isteri vokalis kumpulan Search, Amy iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish mengakui tindakannya memarahi pemain dram kumpulan itu, Yazit Ahmad adalah demi mempertahankan Search selepas dituduh penipu. Nourish yang juga pengurus kepada Amy berkata, apa yang dituduh oleh Yazit sudah keterlaluan dan secara tidak langsung telah menyentuh maruah keluarganya.

"Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami. Dia (Yazit) bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah. Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah," ujarnya kepada mStar Online.

Nourish ditemui pada sidang media penjelasan tentang tuduhan pecah amanah terhadap bayaran Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung pada 30 Ogos depan.





Yazit menerusi laporan polis yang dilakukan pada 4 Mei lalu turut mendakwa ditengking Nourish ketika dia bertanyakan soal bayaran konsert berkenaan. Sementara itu, Nourish berkata, Yazit seharusnya berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut dan bukan menyimpan sifat dengki dan iri hati. Katanya, sepanjang konsert yang diadakan Search, mereka tidak pernah mengenepikan bayaran terhadap Yazit biarpun dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan itu kerana masalah kesihatan.

"Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian (wang) dia. Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Nourish berkata, biarpun mendapat kecaman oleh netizen kerana salah faham yang berlaku, dia tidak pernah menyesal dalam menegakkan maruah keluarga dan kumpulan itu.

"Saya tidak kisah orang kecam saya, apa yang saya buat adalah untuk keluarga saya dan Search sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, pemain gitarnya, Nasir Daud menganggap rakan seperjuangannya itu (Yazit) tidak berfikir dengan waras ketika melakukan sesuatu tindakan.

Katanya, sebagai kawan paling baik dengan Yazit, dia sendiri terkilan kerana tindakan Yazit itu berniat menghancurkan kumpulan yang mereka bina bersama sejak 35 tahun lalu.

"Saya adalah kawan baik dia sebelum kami tubuhkan Search lagi dan saya sungguh tidak sangka sikap dia makin menjadi-jadi sehingga sanggup menuduh kami yang bukan-bukan.

"Saya orang yang hantar duit-duit bayaran kepada dia dan bagaimana boleh dia tuduh kami lupakan dia?" soalnya.

Tambah Nasir, setiap konsert yang dijayakan akan dibahagikan sama rata dan 20 peratus bahagiannya pada setiap konsert akan dibayar kepada pemuzik yang menjadi pengganti dia.

"Saya tidak tahu apa yang dia mahukan lagi, mungkin dia mahu musnahkan kumpulan yang kita bina bersama. Contohnya konsert di Istana Budaya dahulu kami beri pada dia RM47,000 walaupun dia hanya main empat lagu sahaja.

"Patut dia bersyukur kami yang sihat ini masih bekerja dan rezeki yang kami dapat kami kongsi bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang status Yazit selepas ini, Nasir berkata, mereka tetap menerimanya sebagai salah seorang ahli kumpulan itu walau apa pun berlaku.

Katanya, ia bergantung kepada Yazit sendiri sama ada untuk terus berada bersama Search atau tidak.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:50 AM | Show all posts
Katanya konsert  35 tahun dpt tajaan RM 2juta ....

Menurut Yazid penaja dah bagi rm75k ..... amy pula kata tu cuma 30% dari bayaran penuh .... maknanya utk konsert ni diorg dibayar RM250K ....

Aku tak faham ... bayaran rm75k tu kira duit gaji la kan ... kenapa guna utk uruskan konsert pula ....  utk konsert kan dah ada tajaan 2 juta ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:55 AM | Show all posts
x minat nk baca apa yg Search mahupun Nourish kata
cuma musykil tgk muka Kid
last terserempak dgn dia tahun lps kat JEPS
xdelah muka dia camnie
mmg dia kurus ya hamats
dan Din plk nampak berisi dan sihat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:55 AM | Show all posts
Yazit tu dah terdesak sgt...mungkin sbb dia nak pakai duit sgt. Part dialisis tu, takkan dia tak reti nk apply kat Pusat Zakat kot? Kalau tak mampu, jgn nk buat mcm org kaya yg jenis byr duit sndri rawatan dialisis. Kalau bukan pasal duit, msti kes ni tak berlanjutan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 11:20 AM | Show all posts
maharani_gebu replied at 12-5-2016 02:39 AM
“Saya Marah Yazit Demi Mempertahankan Search Yang Dituduh Penipu"

Oleh Hazawani Ariffin pada 12  ...

aku mcm rasa dia marah (marah ke maki kak oii...marah lain,maki lain) bukan sbb search sgt pun tapi sbb duit semata je...yazid keep on calling amy mintak duit,tp amy suruh bini dia jawab sbb dia malas nak jawab...pastu terus bini dia maki hamun si yazid dgn merasakan yazid takkan buat apa2 tindakan memandangkan dia kat hosiptal (2) terlantar....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 11:22 AM | Show all posts
type error : hosiptal (2) = hosiptal (?)

ps: nak tekan simbol '?' camna leh tertekan nombor 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 11:28 AM | Show all posts
MH37O replied at 12-5-2016 11:20 AM
aku mcm rasa dia marah (marah ke maki kak oii...marah lain,maki lain) bukan sbb search sgt pun tap ...

Asik call je manjang, sape2 pun akan bosan...kena lak tanya bab duit duit duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 11:32 AM | Show all posts
MH37O replied at 12-5-2016 11:20 AM
aku mcm rasa dia marah (marah ke maki kak oii...marah lain,maki lain) bukan sbb search sgt pun tap ...

ai pun rasa macam tu....

rasanyer ayat yazid yang konon member lain pecah amanah tu yg btul2 buat binik si amy ni blow up..

kalau pk2 pun btul gak... suka suki ko jer nak kata org pecah amanah bagai... dia dok sentap ayat si norish ni... dia tak pikir ke yg ayat dia pun bule buat org sentap gak....

kalau semua member pun mcm bengang gak dgn yazid that means this is not the first gak ar yazid kompang bnda mngarut....




Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 11:33 AM | Show all posts
kenarikelabu replied at 12-5-2016 03:28 AM
Asik call je manjang, sape2 pun akan bosan...kena lak tanya bab duit duit duit

dah hak dia? kalau kau pun, mestilah call sampai lebam kan?...sbb duit ni adik beradik pun boleh bergolak..apatahlagi bini si amy yg mcm singa betina tu...dah sonhglap duit org,pastu taknak bayar...ini kes mcm hak/duit si yazid tu di tunggak2 kan oleh search...tu yg depa berat nak bayar...ko pun tau,hutang kalau tertunggak camna? liat dan agak susah nak selesaikan...kan? patut tiap show,kasi on time...ni dah berkoyan2, pulak tu duit (di pihak search) dah habis pi mana,kan dah jadi masalah nak bayar ke yasid tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 11:34 AM | Show all posts
sambung....bila yasid dok call tak renti2, betina tu pergi maki...aku rasa gini lah jalan ceritanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064294 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list