UMUM mengetahui bahawa Uqasha Senrose dan Keith Foo digandingkan bersama dalam pementasan teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung. Tanpa disangka-sangka, ianya mencetuskan kecoh terbaharu di laman sosial. Selepas pergaduhan di antara dua peneraju Tundukkan Playboy Itu, kini peminat Uqasha bertikam lidah pula berkenaan isu aktres itu membiarkan pipinya disentuh aktor Keith Foo. Sekeping gambar dari salah satu babak teater itu, telah dimuat naik oleh Uqasha dalam laman Instagramnya hingga mencetuskan rasa tidak puas hati sesetengah peminat. Bagi mereka, adalah tidak manis seorang wanita bertudung membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki bukan mahram walaupun demi menjayakan sesuatu watak. Malah ada dalam kalangan peminatnya berpendapat tidak guna dia bertudung semata-mata kerana fesyen dan tidak menjaga batas-batas seorang wanita muslimah. Ruangan komen Instagram milik Uqasha, menjadi medan pertempuran antara dua pihak tersebut. “Pakai tudung tapi kenapa berlakon sentuh-sentuh. Pakai tudung doesn’t mean dah berhijrah. Just fesyen,” tulis frieskiesjeroh. Manakala kasih_touch_beautys memberi komen, tidak hidup sesuatu cerita jika tidak disusuli
dengan babak sentuhan. “Tiada manusia yg sempurna.. tanpa sentuhan.. cerita tak akan nampak real… fokus… baru tahu macam mana rasa cinta yang sejati,” katanya. Namun ramai juga yang menentang pendapatkasih_touch_beautys, antaranya drizzydeck dansecretofnisa_reelbeaute. “Agama ada ajar ke? Kena sentuh bukan mahram sebab nak beri cerita nampak real. Malu ke orang jer jawab gitu gaya,” tulisdrizzydeck. “Dalam Islam.. lelaki dan perempuan haram bersentuh… bila haram memang haram la… tak ada pulak cakap dalam Islam kalau berlakon boleh pegang bersentuh.. jadi kat situ semua boleh berfikir… just pndapat saya..” kata secretofnisa_reelbeaute. Walau apapun, hanya pemilik empunya badan sahaja yang tahu kejadian yang berlaku sebenarnya sama ada disentuh atau pun tidak. Kami pasti Uqasha faham akan batas-batasnya sebagai seorang muslimah meskipun bergelar selebriti. – MYNEWSHUB.CC
|