|
Oleh : Dean BZ
Memiliki teman wanita yang bertubuh seperti wanita dewasa bukanlah penentu kematangan si dia. Pasti ada perangai-perangai pelik yang anda akan hadapi apabila sudah mula mengenali si dia lebih jauh.
Jadi di usia berapakah seorang wanita itu boleh dikatakan cukup dewasa dan matang? Sesetengah akan menjawab wanita mula matang di usia 25 tahun dan mungkin sebahagian lain akan menjawab bahawa usia dewasa bagi wanita apabila mencecah usia 28 tahun.
Kita tidak akan pernah tahu bilakah waktu tepat seseorang wanita telah berubah menjadi wanita dewasa kerana tahap kematangan dan perkembangan pola fikiran seseorang tentunya berbeza-beza sesuai dengan pengalaman yang telah dilalui oleh orang tersebut.
Nah, berikut dibawah ini ada 7 tanda yang boleh jadikan rujukan adakah teman wanita anda seorang yang sudah matang atau belum. Jika ada ciri-ciri ini maka anda mampu menarik nafas lega. Jom semak dibawah ini.
1. Berani mengaku kesilapan
2. Tidak berpandangan sempit
3. Menggunakan kelebihan yang dimiliki dengan baik
4. Tahu cara kawal emosi
5. Menerima kekurangan diri
6. Tidak membeza-bezakan orang lain
7. Tak pernah merasa diri selalu betul
Sememangnya sifat wanita sangat pelik dan kadang-kadang sukar difahami. Kuat merajuk, suka marah, cemburu, menangis sendirian dan macam-macam lagi adalah antara asam garam yang kaum lelaki perlu lalui dalam dunia percintaan.
Jadi jika teman wanita anda masih belum mempunyai ciri-ciri diatas, sah si dia masih belum matang. Sebagai seorang lelaki, jika sudah tahu si dia belum matang, sabar dan hadap je lah. Bukan orang lain pun, "girlfriend" yang anda pilih juga kan. - CARI Infonet.
|
|