Buat yang gemar bercium dengan pasangannya, pasti kaca mata yang direka khas ini mahu dimiliki anda.
Tapi kita kan di Malaysia, di mana rakyat kita penuh dengan adab ketimuran dan sopan, memang taklah mereka nak paparkan ‘public display of affection’ (PDA) di hadapan umum.
Tapi, sebuah syarikat pengeluar kaca mata di Jepun telah mereka sebuah cermin mata yang boleh dipakai oleh dua orang sekali gus, khususnya buat mereka yang berkaca mata, yang sentiasa berkepit dan tidak berhenti-henti bercium dengan pasangan masing-masing.
Walaupun rekaannya dianggap pelik, tetapi ia tetap mendapat sambutan hangat daripada penduduk di sana.
Tengoklah sendiri video teaser produk Kiss eyeglasses ni!- CARI Infonet