View: 3703|Reply: 10
|
Teksi Fabrik Pertama Paling 'Rare' Di Mumbai India
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Teksi merupakan pengangkutan utama buat para pelancong. Tidak hairanlah jika negara-negara maju sedaya upaya menyediakan perkhidmatan teksi dengan menggunakan kereta-kereta mewah agar dipandang tinggi oleh pelancong.
Tetapi berbeza di Mumbai, India mengubah teksi kepada teksi yang menarik dan penuh dengan kesenian. Satu projek inspirasi muncul dengan satu idea yang bernas yang dipanggil sebagai projek teksi fabrik.
Pilihan untuk menjadi seorang pereka cipta atau illustrator di India bukan merupakan satu profesion yang selamat dan mudah untuk membawa anda ke dunia pekerjaan selepas tamat pelajaran.
Teksi di India melambangkan cebisan ikon budaya di negara tersebut dan mereka membekalkan salah satu kaedah pengangkutan yang terbaik dan paling selesa. Mumbai terkenal dengan negara yang mempunyai banyak teksi dan setiap pemandu teksi inginkan teksi mereka kelihatan menonjol supaya orang ramai akan memilih teksinya untuk sesuatu perjalanan.
Wujudnya projek Teksi Fabrik ini untuk menjadikan teksi sebagai objek supaya pereka fabrik boleh menunjukkan reka bentuk yang 'rare' ini menarik kepada orang ramai untuk menaiki teksi
Idea di sebalik projek ini adalah untuk menunjukkan reka bentuk yang unik dengan menggunakan bahagian dalaman teksi sebagai kanvas. Kerjasama antara pemandu dan pereka adalah untuk mencipta satu ruang bagi pereka menunjukkan idea dan bakat mereka menerusi medium teksi fabrik.
Setiap teksi ditanda bersama dengan label untuk penumpang serta orang ramai mengenal pasti pereka sebenar di sebalik reka bentuk pada kanvas di teksi tersebut dan ia merupakan salah satu cara untuk menghubungi pereka tersebut. Walaupun luar nampak ala setinggan, janji hiasan dalam kelihatan seperti berada dalam kondo! Cantik kan? - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
lama2 berkerak dan bau hapak. kena tukar cover selalu ni |
|
|
|
|
|
|
|
bau mcm2 la nt.. |
|
|
|
|
|
|
|
febreeze kan adoooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah menarik nampak ceria dalam teksi |
|
|
|
|
|
|
|
wow!!! teksi malaysia pun kena buat cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
banyak kerja la pulak nak menjaga nya |
|
|
|
|
|
|
|
berwarna-warni..
sementara masih baru, ok lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
pakat tenyeh singgam, crett ayaq sireh, nyehh hinguih. habis la kusyen tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|