Sebuah kereta yang dinaiki dua orang penumpang hilang kawalan melanggar pagar halangan di kawasan kerja-kerja penyelenggaraan Indah Water di Jalan Universiti, Petaling Jaya siang tadi.
Akibatnya, kereta tersebut terjunam jatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 40 kaki.
Mengikut laporan bersama dua akhbar berbahasa Cina iaitu Oriental Daily News dan Sin Chew Jit Poh, kedua-dua pemandu dan penumpang berbangsa Cina dan kereta yang dipandu adalah jenis Toyota berwarna keemasan.
Difahamkan pihak bomba terus bergegas ke lokasi setelah menerima laporan daripada orang awam.
Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba dengan menggunakan kren.
Setakat ini, status kecederaan mereka masih belum dapat dipastikan.- CARI INfonet
dekat jalan chan sow lin ni pon ada lobang gini gak..
baru tutup 3, ada lagi 3 ke 4 ntah...
selalu gak aku terpikir.. kalo ada kete mabuk terjah divider lalu terjunam masuk lobang tu..
guaner gaya gamaknya..
indah water eh yg gigih dok korek lobang besar ini??
di kejiranan akak pun mereka tengah dok korek since the past few weeks...
akak ingat mereka nak buat drain besar bawah tanah gitu?
apa2 pun cash la kepada pemandu oriental ini drive kereta melulu, akak memang pantang dengan ummah batak di jalanraya ini.
i was hoping mereka mampus jah
kat area PJ nih mmg ada construction betulkan paip pembetungan sumting like that la.. mmg dia korek lubang besar besar.. gelung simen yang diorang letak mmg besar besar muat kereta nak masuk.
tapi yg jadi persoalan, kereta hilang kawalan, by right mmg bawak laju la kan? pukul berapa kejadian ni..? sebab klu nak lalu area construction ni takde siapa yang gila nak langgar kawasan construction tuh. even ada tempat tu diorg tutup jalan 3 lane jadi satu lane jah.. sakit hati jem semedang.
memang celaka je driver yg bawak laju mcm dia sorg je buzy..kepala hotak dia..mintak simpang masuk lobang tu oiii..lobang memang byk sana sini tapi lobang yg ni seram mak tengok.
dpn ofis aku je pun..tp kenapa aku mcm xperasan apa2 je..bila kejadiannya ni..
jalan ni hari keje banyak kete kot, jem lagi..orang lintas2 jalan lagi.. yang kau bawak laju2 dah kenapa? kan dah jatuh lubang.