View: 2496|Reply: 4
|
[Tempatan]
Fenomena El-Nino Bakal Berakhir Hujung Mei - Jabatan Meteorologi
[Copy link]
|
|
[size=3][font=Verdana]Oleh [b]Izzah Abbasy[/b][/font]
[font=Verdana]Fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca panas berpanjangan di negara ketika ini dijangka kembali normal menjelang akhir bulan depan, kata Pegawai Meteorologi, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim.[/font]
[font=Verdana]Beliau berkata ia susulan keadaan cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir yang berlaku pada sebelah petang di kebanyakan kawasan yang dijangka mengurangkan kesan suhu panas secara beransur-ansur.
[/font][/size][align=center][url=http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/28/104802b6w01et1556dtuw5.jpg][img=795,497]http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201604/28/104802b6w01et1556dtuw5.jpg[/img][/url][/align]
[size=3][font=Verdana]
[/font][font=Verdana][b][i]"Ini berikutan negara sedang mengalami fasa peralihan monsun di mana angin lazim biasanya lemah dan membawa hujan berserta ribut petir pada lewat petang serta kadang kala berlarutan hingga ke awal malam terutama di kawasan pantai barat Semenanjung,"[/i][/b] katanya kepada Bernama.[/font]
[font=Verdana]El-Nino berlarutan sejak Februari lalu turut mengakibatkan beberapa negeri mengalami masalah bekalan air kerana kadar tadahan air di beberapa empangan utama berkurangan.[/font]
[font=Verdana]Bagaimanapun, status gelombang haba bagi Semenanjung setakat semalam menunjukkan suhu yang agak tinggi di kawasan utara dan tengah serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.[/font]
[font=Verdana]Suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk Gua Musang di Kelantan, Jerantut di Pahang, Jempol di negeri Sembilan serta Mersing dan Segamat di Johor.[/font]
[font=Verdana]Sementara itu, cuaca panas dan kering turut menyebabkan berlaku penyusutan air melibatkan beberapa empangan di Johor iaitu Sungai Lebam di Kota Tinggi, Congok di Mersing dan Sungai Layang Masai di Johor Baharu.[/font]
[font=Verdana]Namun katanya, sekiranya berlaku masalah bekalan air tidak mencukupi, SPAN akan mengatur jadual bekalan air secara berkala kepada penduduk yang terlibat di kawasan berkenaan. - [b]CARI Infonet [/b][/font]
[font=Verdana]Kredit : Astro Awani[/font][/size] |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah perangai huduh pon sebab elnino kan sis? Panas dalam konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kding2 ttu tt tlg buang.. pening nk baca |
|
|
|
|
|
|
|
El Nino berakhir hujung mei.. Tp cuaca panas sampai september kan.. Fuhhh dugaan berpuasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni laporan metereologi kat KL kot.. KL je hujan tiap2 petang. Negeri2 lain tak, panas membahang lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|