|
Oleh Fyruz Hanna
Nak sediakan steamboat sendiri dirumah memang sedap, nak-nak bila hari hujan dan sejuk. Pasti ia akan menaikkan keinginan anda untuk makan.
Namun penyeri steamboat sebenarnya terletak pada sosnya. Ada yang suka pedas manis, dan ada juga yang sukakan rasa masam pada sos.
Kali ini kita belajar macam mana buat sos ala restoran Johnny's
Bahan-bahan;
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal - tak ada cuka biasa pun ok
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap - aku guna kicap kipas udang manis
1 sudu besar pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus tp aku malas so jadi kasar...huhuhu
Cara menyediakannya;
Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk
Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
Sup steamboat (stok ayam)
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kuib pati ayam
Tulang ayam
garam secukup rasa - jika perlu
Hirisan daun ketumbar
Cara Masak
Panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air.
Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada. Tapi aku tak guna tulang pun rasa tetap OK. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa...
sumber:zarinasrk |
|