CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2424|Reply: 10

Bukit Merah Mungkin Diisytihar Kawasan Bencana

[Copy link]
Post time 25-4-2016 10:14 AM | Show all posts |Read mode



sumber foto:  https://1.bp.blogspot.com/



Bukit Merah mungkin akan diisytiharkan sebagai kawasan bencana susulan situasi paras air di empangan Bukit Merah, Perak kini berada pada tahap kritikal.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan pengisytiharaan itu, jika air di empangan berkenaan terus kekal kritikal dalam tempoh sehingga hari ini.


Jelas Zambry, kesan daripada pemendapan tanah di tasik tertua negara itu merupakan antara faktor yang menyebabkan keadaan paras airnya kritikal.


Setakat ini, menurutnya lagi, keadaan paras air di empangan berkenaan mencatatkan sedikit peningkatan sejak malam semalam akibat taburan hujan di beberapa kawasan berdekatan.


Namun, katanya, kerajaan negeri tetap akan meneruskan pemantuan secara teliti kerana keadaan paras air di tasik itu boleh memberi kesan buruk kepada pesawah-pesawah di sekitar 5,000 hektar kawasan berkenaan.- CARI Infonet





sumber berita: http://www.astroawani.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
owh...nak kena buat permohonan juga
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu mesia dah jerebu...istihar satu malaysia la kawasan bencana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 09:02 PM | Show all posts
tiada ujan langsung ke
kat lembah kelang ni alhamdulillah semalam ujan lebat petang hari
siang tadi pun ujan light2.. so dah tak berapa panas
esok tatau la pula apa cite
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
semakin teruk panas kat Perak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 10:06 PM | Show all posts
cash on the spot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2016 10:13 PM | Show all posts
semalam PJ hujan.. tadi pun hujan lagi. kesian perak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:35 AM | Show all posts
kalau jadi kawasan bencana... pastu? bgtau la terus apa langkah2 yg akan diambil. alhamdulillah kawasan KL selangor selalu gak hujan.. negeri2 lain panas berdengung.. perlis da start kena catu air kan? siannyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 11:51 AM | Show all posts
Mmg betul la...kawasan tengah mmg ada hujan, kerap jugak. Belah utara mmg tgh panas sgt2 skg. Belah selatan xtau la...ada hujan turun tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:57 AM | Show all posts
Harap Rakyat Jelata negeri negeri utara bertabah dgn ujian el nino ini......
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 12:04 PM | Show all posts
utara mmg panaih sgt....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.069648 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list