View: 1546|Reply: 0
|
Amaran Tentang Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Sedang dicas
[Copy link]
|
|
Amaran Tentang Bahaya Menggunakan Telefon Bimbit Sedang dicas
Pengguna-pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna sendiri.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan media mereka berkata, amalan menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas boleh mendatangkan bahaya kerana berkemungkinan berlaku kerosakan pada alat pengecas yang digunakan seperti kebocoran elektrik.
"Amaran ini dikeluarkan berikutan kes seorang suri rumah yang dilaporkan telah mengalami renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit ketika dicas sehingga mendatangkan maut," katanya.
Berdasarkan siasatan awal, alat pengecas yang digunakan semasa kejadian telah mengalami kebakaran kecil berikutan penggunaan alat pengecas bukan dari pengeluar asal telefon bimbit.
"Pengilang, pengimpot, pembekal dan penjual diingatkan supaya hanya memasarkan alat pengecas yang mempunyai label SIRIM-ST atau pengecas tulen yang dibekalkan bersama telefon bimbi yang mempunyai label SKMM."
"Pengguna juga dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan alat pengecas yang hanya mempunyai label seperti diatas," katanya lagi berdasarkan kenyataan media.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai keselamatkan penggunaan elektrik, orang ramai boleh menghubungi Unit Promosi dan Komunikasi, Jabatan perkhidmatan Korporat di talian 03 8870 8500/8598 atau emel ke [email protected]. - Siakapkeli.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|