|
oleh : TS LOO
Apa yang anda lihat hari ini di halaman depan Google? Itu adalah ilustrasi yang memperingati hari bumi 2016.
Namun tahukah anda, selain gambar yang anda lihat ini, sebenarnya terdapat lima gambar ilustrasi yang dipaparkan secara rawak oleh Google dan dihasilkan oleh doodler atau pakar lakaran -Sophie Diao untuk semua pengakses Google di seluruh dunia.
Kelima-lima gambar tersebut bertajuk Tundra dan Polar Bear, Hutan dan Serigala Merah, Padang Rumput dan Gajah, “Air/Lautan, batu karang dan sotong kurita”.
Gambar ini dibuat untuk mengingatkan kita betapa pentingnya melindungi bumi karana bumi bukan hanya milik manusia, tetapi juga makhluk lain yang ada diatasnya.
Ini digambarkan menerusi setiap satu jenis haiwan yang tertera pada setiap gambar yang bersesuaian dengan persekitaran habitatnya di bumi ini.
Bagi anda yang belum tau, bumi yang kita menumpang ini meskipun diperhitungkan sudah berusia 4,5 juta tahun, namun hari bumi baru sahaja diperingati sejak 46 tahun yang lalu, tepatnya pada tahun 1969 dan merupakan inisiatif dari John McConnel.
Hari bumi ini diperingati pertama kali oleh senator Amerika Serikat, Gaylord Nelson setahun kemudian atas keprihatinannya terhadap isu-isu alam sekitar dan mengajak masyarakat agar lebih mengambil berat terhadap perihal alam persekitaran.
Jelas, kini bumi kita dikatakan sedang dalam keadaan 'sakit tenat' akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggugjawab.
Pelbagai perubahan luar biasa sedang melanda bumi kita, antaranya suhu bumi menjadi terlampau tinggi, pembekuan ais di kutub selatan dan utara mula cair pada kadar yang pantas, penyakit berleluasa, gempa bumi turut kerap berlaku di merata tempat dan banyak lagi.
“Ini adalah hari untuk kita manusia sejagat mencerminkan diri kita masing-masing. Saya secara peribadi cukup kagum dengan ketekunan dan kehebatan alam iaitu planet kita. Dengan kepanasan yang terik dan kedinginan yang menyesakkan, puncak gunung yang bergerigi dan berparit, memang mencabar buat penduduknya. Namun entah bagaimana flora dan fauna di bumi dapat berkembang megah dari masa ke masa," catatan Sophie Diao pada lakarannya.
"ada hari seperti ini, kita ingat dan meraikan bumi yang merupakan tempat kediaman manusia dalam ekosistem yang besar dan menakjubkan ini.”
“Kita hidup di planet yang indah, dan itu satu-satunya yang kita punya. Selamat Hari Bumi!” tambahnya.- CARI Infonet
|
|