CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5278|Reply: 33

[Tempatan] {10}Datuk Hakimsa repot polis sebar dia bukan Islam! post 15

[Copy link]
Post time 21-4-2016 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 22-4-2016 08:20 PM

SHAH ALAM, 21 April (Bernama) -- Pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7 di sini semalam tidak melibatkan isu status halal, sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran mengandungi kesalahan cetakan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, antara lapan premis yang diarahkan untuk menurunkan papan hiasan itu adalah Restoran Hakim di Jalan Zikron dan Jalan Kristal serta Restoran Kamal & Corner di Jalan Plumbum.

"Tiada isu halal dibangkitkan dalam operasi berkenaan dan hanya tertumpu kepada isu penggantungan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Menurut Haris, operasi pemeriksaan secara bersepadu yang berakhir kira-kira 12.30 tengah hari semalam dilakukan oleh JAIS bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tambahnya, arahan penurunan papan hiasan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan berkenaan dibuat oleh KDN mengikut Seksyen 17 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Kesalahan Mencetak Ayat Al-Quran).

Isu mengenai status halal Restoran Hakim di Seksyen 7 tersebar di laman sosial hari ini berikutan operasi bersepadu berkenaan.



-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2016 05:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Main bantai gantung je tak baca dulu semak?

Tak lepas Iqra 1 ke mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 06:47 PM | Show all posts
siapa ngintai belakang tiang tu  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:53 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 21-4-2016 06:47 PM
siapa ngintai belakang tiang tu

tue ler laba ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 09:06 PM | Show all posts

hahahaha



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2016 09:34 PM | Show all posts
Sebab itu lah bible di tukarkan bahasa dari Hebrew ke Greek ke English kemudian ke setiap bahasa. Supaya semua penganut agama mereka memahami apa yang terkandung didalam bible, itu baru betul betu agama universal.



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni kecoh kt fb. ktanya restoran bkn muslim.tokey die mamak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2016 10:00 PM | Show all posts

Hahahaha.....yang ni betul betul lawak!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 10:18 PM | Show all posts
Maideen. replied at 21-4-2016 10:00 PM
Hahahaha.....yang ni betul betul lawak!

@wanitajelita      @dino

nah .. uols ... zoom in .. tapi kabor sikit
introducing ... sis laba


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 10:33 PM | Show all posts
MissNigga replied at 21-4-2016 10:18 PM
@wanitajelita      @dino

nah .. uols ... zoom in .. tapi kabor sikit

Minta mak dia, janda dia, tok mudim dia tolong confirmkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 10:41 PM | Show all posts
Maideen. replied at 21-4-2016 10:33 PM
Minta mak dia, janda dia, tok mudim dia tolong confirmkan.

usah diseru kaum kerabat laba .. kang trid ni dihijek oleh laba's clan ...
kalo deyols dah berkuntum kat trid ni .. kecoh bak ang ... ngan segala carotan ... maki hamun ... segala kisah atas katil .. dalam bilik suma kuar
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mengintai tu xde permit keje kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Keling letak ayat Al-Quran terus dicap mamak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 08:19 PM | Show all posts
Pemilik Restoran Hakim kesal dituduh bukan Islam

22 April 2016

SHAH ALAM 22 April - Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan di media sosial bahawa beliau bukan beragama Islam selepas dua cawangan restoran berkenaan di Seksyen 7 di sini diperiksa oleh pihak berkuasa, Selasa lepas.

Dalam operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, beberapa hiasan ayat suci Al-Quran di premis berkenaan diturunkan berikutan terdapat kesalahan cetakan.

Hakimsa berkata, lebih menyedihkan fitnah itu menyentuh agama beliau, sedangkan beliau seorang Islam sejak dilahirkan.

"Saya juga telah mengerjakan haji tetapi kenapa masih menuduh saya bukan Islam?

Janganlah buat saya macam ini, dalam Islam juga kita tidak boleh menuduh sebarangan.

Saya marah dan sedih apabila ia menyentuh mengenai agama kita (Islam)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Seksyen 7 kira-kira pukul 4 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Harisrajudin Alaudin mahu polis menyiasat perkara itu selain akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mencari dalang di sebalik perkara itu.

Semalam, JAIS dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7 termasuk di Restoran Hakim tidak melibatkan isu status halal sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran mengandungi kesalahan cetakan. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.wduLlXQk.dpuf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 08:22 PM | Show all posts


Restoran Hakim Sdn Bhd owner Datuk Hakimsa Abd Karim (right) speaks to reporter over rumours of him not being a Muslim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2016 08:23 PM | Show all posts


Datuk Hakimsa (dua, kanan) bersama Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia, Harisrajudin Alaudin (dua, kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat semalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 21-4-2016 08:53 PM
tue ler laba ....

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 08:36 PM | Show all posts
Diorang ni boleh join umno ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 08:38 PM | Show all posts

Kalau aku mod, mahu saja aku kasi kredit 399 setiap orang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.573799 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list