CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1890|Reply: 4

Sup paku televangelis Wahhabi

[Copy link]
Post time 18-4-2016 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Faisal Tehrani     

  

"Dalam dunia Kristian di Amerika Syarikat, Billy Graham mencipta gejala televangelis dalam tahun 1950-an. Televangelis adalah kumpulan penceramah agama dari jalur Evangelical Kristian yang ekstrim, rigid, dan menggunakan media, dalam hal ini, khusus TV (bahkan hari ini Youtube) dan pentas besar untuk berkuliah dan menjadi tersohor serta-merta.
Rata-rata televangelis memilih jalur keras dalam pendapat beragama, dan berselindung di sebalik populariti. Salah satu ciri yang dipaparkan oleh mereka adalah sebagai 'faith healer'. Iaitu seseorang yang dapat membantu kembali mereka yang berkarat imannya agar kembali meyakini agama."
Demikian kata Rita kepadaku, tatkala kami memanjat tangga.
Di London, kami berdua sedang menunggu tren overground dari stesen Brondesbury. Hujan merenyai. Aku khuatir ia menjadi lebat. Dalam sut baju Melayu sepersalinan, dengan beg berat yang berisi profil dan novel How Anyss Went to Heaven, ingatanku mencanak ke pelbagai jurus.
Jam menujukkan 8.08 pagi. Lima hentian untuk menuju Kensington Olympia, aku dijadual tiba pukul 8.25 pagi. Rita akan mengambil terus ke Clapham Junction. Tanggal 12 April, cepu kepalaku terisi London Book Fair seluruhnya.
Rita menyambung, bagaikan tidak peduli apakah aku mendengar atau tidak, "Hari ini, setelah lebih enam puluh tahun bermain di media dan pentas ceramah, televangelis Kristian di Amerika Syarikat mulai mencipta kebangkitan politik dan bertanggungjawab untuk kemunculan calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Televangelis berada di belakang Trump yang tanpa segan silu menggugat prinsip demokrasi, termasuklah saranan untuk melakukan 'profiling' terhadap Muslim di Amerika dan momokan demi momokan terhadap imigran. Kumpulan televengalis yang menyokong Trump sering dianggap kumpulan yang ekstrem, bahkan, sesat".
Aku menghela nafas. Udara dingin memenuhi paru-paru. Seorang wanita berpakaian ranggi ala Caribbean melintasi kami. Aku akur dengan kenyataan Rita, sepupuku yang menginap di London itu. Ben Schreckinger dalam makalahnya “Donald Trump’s Saving Grace: Televangelists di Politico” pernah menghubungkan televangelis dengan Trump.
Roughly three dozen leaders attended the 2½-hour meeting at Trump Tower, including televangelists Gloria and Kenneth Copeland and Trinity Broadcasting Network co-founder Jan Crouch, who is also the president of a Christian theme park in Orlando. As it came to an end, televangelist Paula White said Trump wanted them to pray for him. Trump nodded, and the faith leaders laid hands on him and prayed. Many evangelical leaders look askance at the crowd the businessman is courting.
“The people that Trump has so far identified as his evangelical outreach are mostly prosperity gospel types, which are considered by mainstream evangelicals to be heretics.”
Magic' dan histeria
Dalam pusingan awal pilihan raya Amerika Syarikat untuk Parti Republikan, Trump menyebat 33 persen undi 'evangelicals' di South Carolina. Menurut Sarah Posner dari The Washington Post, ini menjadi mudah untuk beliau memandangkan 72 persen pengundi parti Republikan dalam pusingan awal ini merupakan evangelists.
Hari ini, kebanyakan kita termasuk pengundi Islam di Amerika Syarikat menyorot Trump, sebagai calon presiden yang bermasalah kerana polisi yang bakal beliau kemukakan dianggap antidemokrasi. Penyakit Trump dan hubungannya dengan televangelis dapat dijadikan pengajaran untuk kita.
Rita terus membebel, "Dalam dunia televangelis Kristian, penceramah seperti Benny Hinn memainkan peranan selaku faith healer. Malah, dalam sesetengah keadaan, kononnya mereka mempunyai kuasa sakti untuk menyembuhkan mereka yang sakit, termasuklah yang lumpuh di atas kerusi roda.”
Bagaikan satu pertunjukan, ketika sesi ceramah mereka, televangelis John Edward, Sylvia Browne, Joel Osteen, Rick Warren dan Benny Hinn akan menunjukkan 'magic' luar biasa dan audien akan menjadi histeria. Mereka mengutip duit dan kemasyhuran dengan menjual agama. Kelompok agamawan Protestan yang benar enggan tunduk kepada 'nabi palsu' ini dan mulai mendedahkan kejahatan dan persembahan televangelis seperti Peter Popoff."
Apa yang tidak aku utarakan kepada Rita adalah, dalam dunia Islam, 'televangelis Islam' bukanlah sesuatu yang baharu, hanya mungkin Malaysia baru sahaja dilanda fenomena demikian. Gejala televangelis Kristian menjangkiti dunia Islam sejak sedekad yang lalu. Di Mesir, sebagai contoh, kira-kira sepuluh lima belas tahun lalu, Amr Khaled menghiasi skrin TV. Di Malaysia kita ada sejumlah penceramah TV, Youtube yang bukanlah ulama sebenar. Ada antara mereka hanyalah bekas wartawan. Dan mereka naik mendadak.
Di Jerman, seorang peninju terkenal Pierre Vogel memeluk Islam Wahhabi, dan menggunakan gelar Abu Hamzah. Beliau menggunakan peranan televangelis untuk mengekalkan populariti dan dalam banyak ceramah pentas beliau, individu tertentu akan ditampil kembali atau menerima Islam seraya memukau hadirin.
Vogel menghimpun wang dan pengikut yang banyak, sambil terus mengukuhkan tapak Wahhabisme di Jerman. Veli Sirin dalam “Radical Islam in Germany: The Convert as Missionary” telah mengkaji fenomena televangelis Islam di Jerman ini dan melihat tawaran menarik Vogel bukan sahaja tafsiran ala Wahhabi, tetapi juga lebih besar dari itu; yakni syurga:
What is the basis of his attraction? Born Muslims consider him "cool," as a broad-shouldered German with a reddish-blond beard, who can chant Koranic chapters in Arabic without mispronouncing a syllable. Vogel knows what life is like as a teenager in Germany. "I know everything," he says. "Casinos, discos, women. And I also know why it is better to live another kind of life in which one abstains from sex before marriage," he explains. For every convert who comes to him, 10 to 20 people who were born Muslim claim that he has helped them find their way back to Islam. For non-Muslims, and particularly the young who encounter him, Pierre Vogel provides answers to anxieties about the meaning of existence. If, according to simplistic Wahhabi doctrines, the only need is to serve God, then life immediately seems easier to face.
“By unquestioning adherence to the Koran and the prohibitions and recommendations of the Wahhabi interpretation, believers are promised standing in the afterlife and probable entry into paradise. Vogel's outward piety, like his German origin, adds to his image as someone who refuses to conform to the society in which he lives. That is also deemed "cool. "
Seorang Zakir Naik
Hubungan televangelis seperti Vogel dengan Wahahbisme tidak dapat diselindung. Seorang lagi televangelis terkenal yang dikait dengan fahaman Wahhabi adalah Zakir Naik. Seorang doktor perubatan, berasal dari India, Zakir adalah televangelis yang kontroversial. Zakir Naik, selaku presiden Islamic Research Foundation di India, pernah menerima King Faisal International Prize daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman.
Pada tahun 2008, penganut Ahlus Sunah wal Jamaah di India seperti Maulana Hashim Kachauchwi, menyatakan dalam laporan “Why do Muslims Hate Dr Zakir Naik?” oleh Hindustan Times, beliau, Zakir Naik adalah Wahhabi yang berbahaya kepada masyarakat. Laporan itu boleh dicari di talian.
Suara Rita tiba-tiba mencengkam, terapung dan masuk menerjah gegendang; "Syiah mengistimewa, dan mengkultuskan cucu cicit Nabi seperti Saidina Hasan dan Husin dikatakan dengan mudahnya sebagai sesat. Orang kita pula mengistimewa dan mengkultus Zakir Naik, sehingga ke peringkat tidak lagi boleh mempertikaikan Naik, kenapa tak dapat dianggap sesat?"
Setelah agak diam, aku membalas Rita, "Di Jerman pada 27 Julai 2008,1250 orang memeluk Islam selepas satu ceramah televangelis dari Amerika, Yusuf Estes. Pertunjukan syahadah itu dibantu oleh Pierre Vogel dan ditayang secara langsung oleh saluran Almajd TV. Tidak lama kemudian, [color=rgb(41, 121, 255) !important]Skandal Dusseldorf 1250 ini dibongkar oleh usaha sekumpulan pemuda Ahlus Sunnah wal Jamaah ini
Berdasarkan analisis mereka, "mass shahadah" tersebut adalah satu pertunjukan dan satu penipuan dengan alasan ia adalah satu tujuan dakwah."
Rita angguk. Hujan gerimis turun lagi. Tren tiba. Bual kami terhenti seketika. Kami berusaha untuk masuk ke dalam gerabak yang sedikit sendat. Tiada kerusi kosong tersedia. Kami menghimpit ke belakang.
Dalam benakku meniti kata-kata 'pertunjukan syahadah' atau "mass shahadah". Ia bukanlah sesuatu yang baharu untuk orang Melayu. Malah, orang Melayu Melakalah yang mula-mula mencipta fenomena "mass shahadah" ini apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam di pantai Melaka, ekoran pertemuan dengan Sidi Aziz dari Jeddah.
Sebaik raja memeluk islam, seisi negeri ikut sama secara buta, tanpa mengetahui apa yang mereka anuti. Maka tidak hairanlah Islam yang terbit di alam Melayu adalah Islam yang tidak berjejak oleh pengetahuan, logik dan wacana tauhid. Sebaliknya adalah Islam ikut-ikutan apa kata politikus atau ustaz, justeru Islamnya legalistik dan kadang penuh pertunjukan.
Cerita rakyat Nordic
Tren berhenti agak lama di Shepherds Bush. Ternyata aku akan tiba lewat.Rita kemudian menceritakan perihal ibunya yang bermukim di Birmingham, kemudian tentang nenek saudaraku yang menetap di Kilburn. Suaranya serak. Kepalaku berdengung. Di luar, matahari memancar silau. Syukur, hujan telah berhenti.
"Hipotesis aku, jika Malaysia memilih menyambut bibit-bibit televangelis kurang lima puluh tahun lagi, kalian akan mempunyai lebih dari seorang Donald Trump yang menggoncang keharmonian kaum dan agama di negara ini. Aku tak akan pulang. Aku akan kekal menetap di London. Buat apa aku nak balik kalau yang ada tersisa hanya kegilaan." Rita memutuskan tegas.
Tren tiba di Kensington Olympia. Aku mengucap selamat tinggal kepada Rita yang akan meneruskan perjalanan ke pejabat. Urusan daftar mudah, dan aku terus ke ruang pameran Malaysia di London Book Fair. Amir Muhammad, dari Fixi; Rosalind Chua dari Clarity; dan Mutalib Uthman dari Dubook sudah ada.
Petang itu di London Book Fair aku berkenalan dengan seorang penulis buku kanak-kanak dari Iceland. Kami berbual tentang Panama Papers, dan tentang perdana menteri negeri sejuk tersebut yang tahu malu dan melepas jawatan.
Huggin Por, pengarang tersebut menceritakan kepadaku perihal sup paku. "Pernah kau mendengar cerita rakyat yang terkenal di rantau Nordic ini?"
Aku menggalakkan, "Ya ceritalah. Biar aku dengar. Moga-moga dapat pengajaran."
Begini, lama dahulu, di sebuah negeri yang sejuk dan amat dingin sekali; seorang pengemis telah singgah di sebuah kampung yang dipenuhi dengan orang bodoh dan mengemis sedikit makanan. Tiada siapa pun yang berminat untuk memberinya apa-apa. Mungkin dia kelihatan kotor comot seperti gelandangan atau musafir yang menakutkan.
Akan tetapi sang pengemis mempunyai satu idea untuk memperdayakan. Lagipun penduduk di situ terkenal dengan kebodohan mereka. Dia mengeluarkan periuk dari begnya. Lantas menyalakan api, dan menjerang sup. Tindak-tanduknya segera menarik perhatian penduduk kampung yang meninjau dari dalam rumah masing-masing. Pengemis memasukkan paku dalam periuk itu.
Lama-kelamaan seorang demi seorang penduduk kampung keluar dan mendekatinya. Sang pengemis pun menceritakan yang ia mempunyai paku ajaib dan telah memasukkannya ke dalam periuk. Moga-moga sup itu sedap. Ramai yang teruja dan ingin mengecap sup tersebut. Pengemis kemudian mengatakan, "Argh ia akan lebih sedap jika ada garam."
Segera seorang perempuan memberikan garam.
Kemudian pengemis mengatakan lagi, "Argh ia akan lebih sedap jika ada daun sup."
Ternyata ada yang bermurah hati memberikan daun sup.
Kemudian pengemis mengatakan lagi, "Argh ia akan lebih sedap jika ada itu ini."
Lebih ramai yang memberikan permintaan sang pengemis.
Di akhirnya, dia mengatakan, "Argh ia akan lebih sedap jika ada daging."
Makanya si peniaga daging turut menyumbang muatan sup yang asalnya hanyalah sup paku. Apabila sup siap, maka ramailah yang dapat merasainya. Masing-masing memuji kelazatan sup itu dan yakin sepenuhnya, paku sakti adalah penyebab dan sumber keenakan.
Sang pengemis menjadi orang terpercaya, dan diberi hadiah yang banyak oleh penduduk kampung. Emas, wang, pakaian, dan makanan. Sang pengemis kemudian meninggalkan paku sebatang itu di tangan penghulu dan beredar pergi.
Beberapa tahun kemudian, pengemis lain datang ke kampung bangang tersebut. Dia sudah mendengar cerita penduduk bengap di situ ditipu hidup-hidup dengan sebatang paku. Dia tidak akan menggunakan taktik paku yang sama. Dia akan menggunakan taktik lain. Kali ini, ia akan menjadi sup batu.
Kisah yang disampaikan Huggin Por mengenai "mass deception"(penipuan massa) membuncah dalam benakku. Nyata, kita tinggal di sebuah kampung bodoh, dan kita cepat percaya dengan penipuan. Satu demi satu kita dibohongi.
Oleh pemimpin, dibohongi oleh ulama, ditipu oleh media, diperdaya oleh televangelis, pendek kata kita duduk dalam khianat. Sebarang usaha mengejutkan dari kebodohan itu akan dimusuhi. Sesuatu yang amat aku rasai.
Sebagai penduduk kampung bangang; kita bangga dapat menjadi sebahagian dari pengecap sup paku, sup batu dan lain-lain sup kejahilan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 12:09 PM | Show all posts
Siapa faisal tehrani ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 12:14 PM | Show all posts
penulis ni seorang fikiran yg bercelaru
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 03:45 PM | Show all posts
aku mampu baca sekerat aje.
sbb byk keje kah... budaya malas membaca kah... cerita xmenarik kah...
aku pun xtaw
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 04:28 PM | Show all posts
isinya,
dia cm sentap/mengeluh, sbb tk popular cm zakir naik.

sekian.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055931 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list