View: 1697|Reply: 0
|
Yangzhou- Bandar Taman Tercantik Pada Zaman Dinasti Qing!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Bandar Yangzhou terletak di bahagian tengah provinsi Jiangsu China dan merupakan salah sebuah pusat pengangkutan di negara ini.
Bandar Yangzhou bukan sahaja mempunyai pelbagai tapak peninggalan sejarah malah merupakan sebuah bandar moden.
Yangzhou digelar “bandar taman tercantik” pada zaman Dinasti Qing (1644-1912).
Terdapat pelbagai destinasi pelancongan yang masih dipelihara dengan baik seperti Tasik Shouxihu, Kuil Damingsi, Kebun Geyuan, dan lain-lain.
Di samping itu, makanan tempatan yang amat enak juga sering menarik pelancong dari seluruh China datang berduyun-duyun ke bandar tersebut.
Bulan Mac dan April merupakan tempoh terbaik untuk mengunjungi bandar Yangzhou.
Dalam sajak lama China, terdapat rangkap yang menyebut “melawat ke Yangzhou pada bulan Mac, sempena awal musim bunga”.
Pada setiap musim bunga, ramai pelancong berduyun-duyun ke bandar ini untuk menikmati pemandangan yang indah permai.
Yangzhou juga menganjurkan Pesta Pelancongan dan Perdagangan dari pertengahan April hingga Mei setiap tahun.
Pada ketika itu, hujan renyai-renyai menyelimuti seluruh bandar. Bunga Viburnum tumbuh mekar dan menjadikan setiap pelosok bandar itu berbau harum sekali.
Selain itu, tarikh 8 September hingga 8 Oktober juga merupakan tempoh keemasan bagi pelancongan di bandar Yangzhou.
Maharaja Qianlong pada zaman Dinasti Qing telah beberapa kali mengunjungi Yangzhou untuk menikmati keindahan bulan dan pemandangan taman dengan menaiki perahu dari Beijing.
Tradisi bersiar-siar dalam taman dan menikmati keindahan bulan purnama dengan kapal masih popular hingga sekarang.
Tiga Pisau merupakan seni kraf tangan yang terkenal di Yangzhou, iaitu pisau dapur, pisau rawatan kaki dan pisau potong rambut.
Tiga Pisau bukan sahaja merupakan seni pertukangan tempatan, malah budaya istimewa bandar Yangzhou.- CARI Infonet
sumber info: http://www.chinatouronline.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|