CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3891|Reply: 14

Suami nak jadi ejen insurans

[Copy link]
Post time 18-4-2016 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Flowerrori at 18-4-2016 05:30 PM

Aku pening la memikirkan permintaan suami malam tadi. Dia mintak izin nak jadi ejen insurans. Aku ni berat hati sebab sekarang ni dia bekerja dari pagi petang. kadang2 dah sampai rumah pun kena pergi tempat keje balik setel kan kerja. tak pun malam sambung kerja yg tak habis. Banyak masa di habiskan kat bilik dia buat kerja. tapi dia ok je la nak mintak tolong apa2, just panggil je dia nak mintak tolong basuhkan berak anak ke, jaga anak kejap ke..dia ok je tak pernah marah klu mintak tolong.

selain kerja ofis dia buat part time online.sibuk la hantar barang customer.siang waktu rehat hantar brg ke pos ofis,kalau tak sempat time rehat tu dia akan pergi ke pos ofis yg bukak sampai pukul 8 mlm hantar barang customer. kadang2 dia COD brg ke tempat customer. Malam balik kerja ke,sabtu ke tak pun ahad dia akan COD barang customer.Kami anak beranak rajin jgk la ikut dia. Aku ni nampak la dia memang sibuk. Kadang2 rasa kesian kat dia sebab dia susah payah buat semua tu tapi adik beradik asik pinjam duit dia je. Tak banyak pun RM50 ke macam tu.Aku tau sebab selalu cek whatsap dia. Pernah la jugak persoalkan dia kenapa baik sangat bagi pinjam (ckp nak bayar balik tapi tak pun,mintak pinjam lagi lepas tu ada la). Lepas tu aku fikir tak pe la adik beradik dia jugak,asal tak mintak duit dari aku sudah.  

Sekarang nak jadi ejen insuran pulak. Yang jadi masalah nya kalau dia jadi ejen insurans bertambah sibuk la nant. aku ni nak la jugak baring2 dengan suami depan tv borak2. ajar anak kerja sekolah sama2, duduk manja2 depan tv ke.ni kerja nya mengadap komputer buat kerja,cari barang kat supplier nak jual,layan customer. aku percaya dengan dia,so tak pernah la fikir yg bukan2. kadang2 masuk mengejut kot2 tengah bercekarama depan pc tu ke kan,tapi alhamdulilah tak de la nampak benda2 mencurigakan. Yang nampak dia memang busy buat keje.

Aku tanya dia kenapa dia nak jadi ejen insuran.Katanya nak free kewangan. Dengan ekonomi sekarang ni boleh ke dengan jadi ejen insuran dia nak free kewangan.silap2 manager dia yang lagi kaya adalah. Dia start sibuk nak jadi ejen insuran lepas dia apply medical card dengan mamat A ni.Mamat A ni memang dah pangkat besar kot,manager ke apa ntah. Ada company sendiri dengan jual insurans ni. Ntah apa dia brainwash laki aku ntah. Aku tak suka lahhhh. Aku fikir laki aku ni dah nampak orang tu kaya jual insuran dia pun sibuk nak jual insuran nak mengkaya kan diri dia jugak. Aku siap ckp dengan suami aku."    Pergi la jadi ejen insuran tu. Tak ke mana pun kalau isteri tak restu" Berdosa nya aku ckp macam tu kat dia

Aku tak suka dia susah2 kan diri dia cari duit semua. Bukannya kami susah sangat sampai dia kena berusaha macam tu. Tak pernah la kami anak beranak tak makan,kadang2 nak makan kat luar boleh je. bil2 semua ok je bayar bulan2. Dah beli rumah sendiri,kereta pun tak pernah tertunggak bayar. Aku rasa dah ok je. Aku tak nak kaya raya.Aku dah bersyukur sangat dengan rezeki yang ada sekarang. Perlu ke dia nak buat semua tu. Perlu ke aku bagi peluang kat dia jadi ejen insurans tu.Berbaloi ke?

Terima kasih semua


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 05:49 PM | Show all posts
husben tt ni workaholic sungguh!
kagum dengan lelaki yg camni..
btw, tt pernah bagitau kat husben tak utk luangkan lebih masa as per tt wish?
cuba cakap pe yg tt rasa
mungkin skang ni fokus dia more tu nak pastikan kedudukan kewangan family lebih terjamin
sampai lupa nak spend masa berharga pada family
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Husband uols betul2 menyahut seruan mat maslan yer..

Oklah tu dia cari duit lebih utk korang sekeluarga. Bagi dia moral support. Cuma kesian lah dia keje dari pagi sampai malam tak benti2. Iols yang baca pun boleh imagine oenatnya lahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd ejen insurans bg aku lumayan la jgk sbb dh tgk member berenti kje jd engineer then full time jd ejen..tp sblm tu dia buat part time dulu..dia pnya communication skill mmg superb..so x heran klau mmg cemerlang jd ejen..cuba ko tnya mksd dia bebas kewangan tu cmne..ada target berapa taun nk bebas, berapa k dia nk capai, apa usaha dia nk bebas..mksdnya dgn buat triple jobs tu smpi bila
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 07:03 PM | Show all posts


tt cuba support laki tt dengan bantu dia promosi insurans?

maksud kaka cuba buat suami tt rasa di hargai

atau bawa berbincang..

Komisyen agent insurans 26%

risk kalau subscriber tak bayar insurans tak de lah komisyen

kalau dapat 100 x 400 = RM 40 000 x 26% = dapatlah dalam RM 10 000 solid bersih

nak closing 100 orang tu kalau NLP tak power agak sukar

akak sendiri annoying agent insurans approach kecuali akak rasa perlu

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tok laki tt ni ramai kawan... pelanggan serta pandai cakap boleh aje jadik agen insuran
ramai juga yg berjaya dan ramai juga yg lingkup. It is a gamble
kalau ada komitment yakni qnak ramai... bini gaji buleh makan ajer... aku nadihatkan tak payahlah
stick to day job jet. Takut nti yg dikendong berciciran pula
tok laki aku pun baru ajer berenti jadik agent dan kembali ke day job
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2016 08:20 PM | Show all posts
Laki pemalas biawak idop komplen

laki rajin keje carik duit pun komplen

ape lg kaum2 betina mau
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 10:29 PM | Show all posts
tagas replied at 18-4-2016 08:20 PM
Laki pemalas biawak idop komplen

laki rajin keje carik duit pun komplen

hahahahar

komen ko win win

ppuan ni komlikated toi

kembar seiras pun mcam dari utarid ngan pluto

laki simple jek................gi la ceruk dunia mne..............seme sangap.............hakhakhaxhax

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 10:30 PM | Show all posts
tt

asben ko dari muda lgi nk jadi bill gates,jngn le patahkan semangat mencuba die tuh..........benda elok,klau x elok x pe la lrang

mne tao,anak korg sakit ker nanti..................$$$$ yg die kumpul ley kaber
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 11:45 PM | Show all posts
You tak patut tolak mentah2 org yg bersemangat waja ni...bagi syarat le...nk jadi ejen boleh, tp tiap hari kena set aside family time...jgn nanti bila dah kehilangan menyesal tak sudah sbb busy dgn kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:10 AM | Show all posts
nak jadi agent insurans yg full time ke part time?
boleh cuba dgn part time tapi, exam tetap kena ambik rasanya. bukan buta2 aje jadi agent insurans. exam tu rasa kena bayar.
agent insurans kena personaliti menarik + communication superberb. yela, ko ala2 jadi salesman kan.
"insurans" semua orang tau kegunaannya tapi, communication laki ko superberb ke biasa2? kalau tahap biasa2, baik keje pos barang udah la.

keje paling senang ialah keje makan gaji. fix time. cuti fix. so, kita boleh tahu, bila kita dapat gaji. boleh tahu bila kita nak cuti (kalau cuti 2 minggu pun, gaji bulan tetap masuk)

tapi, ramai orang melayu suka keje yang freelance, banyak masa, cuti banyak tapi, gaji nak rm20k.
itu ramai orang jatuh kecundang kat mcm2 tu. ikut orang MLM. ikut orang invest apa2 tah. ikut orang jadi agent insurance.

so, soalan kedua aku, tahun lepas, berapa kali laki ko ambik cuti? berapa kali MC?
kalau ambik cuti lebih dari 10 hari (termasuk minggu raya), takyah le nak jadi apa2 freelance. baik makan gaji ajek. kalau cuti kurang dari 10hari dlm setahun, boleh diconsiderkan jadi "businessman"
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 05:22 AM | Show all posts
Hana replied at 19-4-2016 09:10 AM
nak jadi agent insurans yg full time ke part time?
boleh cuba dgn part time tapi, exam tetap kena  ...

Cuti fix???? macam TOK laki hang???? .......6 bulan baru dapat  jumpa sekali, lebih baik tak berlaki kan,kan,kan????



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 09:10 AM | Show all posts
Mannak replied at 21-4-2016 05:22 AM
Cuti fix???? macam TOK laki hang???? .......6 bulan baru dapat  jumpa sekali, lebih baik tak berla ...

tak kan le semua orang kena mcm jadi mcm ko.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 09:14 AM | Show all posts
sebagai lelaki saya cemburu tengok suami puan begitu komited dengan kerjaya..

sama macam abg ipar saya... cumanya, anak2 akan komplen kenapa papa takde lama.. pegi oversea setiap bulan..

bincang.. jangan pendam
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 10:15 PM | Show all posts
bukan semua org berbakat jadi agen insuran, kena part time dulu tgk sebuulan 3 bln setahun. kalau x boleh pergi jauh stop le kemudian try jadi agen hartanah ka bisnes online ka. kebebasan kewangan yg ai faham ialah bekerja gaji pt biasa yakni gaji semasa dan pasive income dan boleh bayar habis rumah dan kereta dan anak2 bini2 ada perlindungan pendapatan, kalau meninggal ka ada passive income gitu spt rumah sewa. kalau jadi agen insuran elokle sekali induran hayat medikal kad insuran kenderaan byr road tax
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.659085 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list