CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 5562|Reply: 3

[Pemandangan & Senibina] Bangunan Berlian Malaysia Ini Pernah Menerima 'ASEAN Energy Award'

[Copy link]
Post time 18-4-2016 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Farini at 1-5-2016 05:23 PM



Tahukah anda Bangunan Berlian ini terletak di Putrajaya dan merupakan Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Bangunan ini di beri nama Bangunan Berlian kerana mempunyai bentuk seperti berlian. Pada tahun 2012, bangunan ini telah menerima anugerah tertinggi ASEAN Energy Award dari ASEAN Centre for Energy. Bangunan ini mempunyai struktur cekap tenaga dan di rekabentuk untuk menggunakan cahaya semula jadi dan hanya menggunakan kira-kira satu pertiga tenaga berbanding bangunan konvensional yang sama saiz dengannya.

Bangunan yang siap pada 2009 ini mendapat pengiktirafan tahap Platinum dari Index Bangunan Hijau Malaysia (GBI) dan program Green Mark Singapura.





Bangunan Berlian ini menyerupai piramid terbalik dengan permukaan bumbung yang luas membolehkan ruang bumbung diletakkan lebih banyak panel solar dan ruang tanah lebih tanaman hijau. Di tengah-tengah bangunan itu terdapat pusat atrium besar direka untuk mengawal dan melaraskan cahaya matahari menggunakan sistem bidai automatik yang responsif kepada intensiti serta sudut cahaya matahari. Ini membolehkan cahaya matahari sampai ke hampir setiap ruang dalam bangunan.

Sistem pengumpulan air hujan yang ada di bangunan ini juga menjimatkan kira-kira 70 hingga 80 peratus daripada penggunaan air.















source ; mr kay

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:37 AM | Show all posts
bagus kalau boleh bina banyak lagi bangunan macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2016 05:46 PM | Show all posts
Edited by purpledesire at 25-5-2016 09:43 AM

edit...



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 06:55 PM | Show all posts
Very nice
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.125908 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list