View: 2743|Reply: 11
|
Buka Akaun FB Palsu, Ramai Ambil Kesempatan Dengan Saudara Baru?
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Baru sahaja memeluk agama Islam beberapa hari yang lalu di hadapan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik, gadis ini telah pun diuji bila akaun facebook palsu menggunakan namanya dibuka secara terang-terangan.
Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha yang mendapat perhatian lantaran keberaniannya mengucap syahadah di hadapan khalayak minggu lalu, kini seolah-olah dianiya apabila beberapa facebook palsu dikesan menggunakan namanya.
"Nina mengkagumi semua Ustaz, kerana mereka lebih tahu akar umbi agama sejak dari bangku sekolah ( Mungkin ), tetapi, amat kecewa apabila Ustaz ini cuba menabur fitnah kepada saudara baru seperti nina serta Dr Zakir Naik yang telah mengislamkan Nina."
"Semoga Ustaz itu di bukakan hati dan kembali ke jalan yang benar seperti Nina."
Begitulah antara statusnya yang mendapat beratus-ratus like dan juga perkongsian di laman sosial.
Namun begitu, ada di kalangan netizen yang mendakwa ia bukanlah dari tulisan Nina sendiri kerana gadis itu tidak terlalu fasih berbahasa Melayu.
"Saya mohon semua pengguna FB report page-page ini.
"Sukakah kita menganiaya saudara kita yang baru memeluk Islam.
"Kepada mereka yang buat fake page ini, bertaubatlah."
"Sayogianya, kita tidak berkongsi status FB nya itu walaupun terkadang terdapat kebenarannya kerana :
1- Nyata, kemungkinan besar adalah palsu.
2 - Aneh, halamnnya bermula 15hb April. Sehari selepas mengumumkan keIslamannya."
(Sumber foto: Ohmedia)
Begitulah antara yang ditulis oleh para netizen. Kepada mereka yang mencari populariti dengan menggunakan orang lain, maka sebaiknya berhentilah. Seharusnya saudara baru ini dibantu dan diberi sokongan, bukannya dianiya dengan cara sebegini. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat tak tau mana account yang tipu.. kesian.. semoga istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu, dapat apa mereka lakukan sebegini?
|
|
|
|
|
|
|
|
lagipun apa motif sebenar untuk berbuat sedemikian.
kenapa mesti menghalakan pemikiran akal itu kepada kegiatan yang tidak bermoral ini. |
|
|
|
|
|
|
|
org yg jiwanya kosong jer yg rajin buat bende2 mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sy pernh berkata kita mgkin 'terlalu bangga' mampu mengislamkan 'orang kapir',dan menambah umat...tetapi 'perangai' 'saudara lama' kita,tak mampu kita ubah.....apalah ertinya???? mmmmm...... |
|
|
|
|
|
|
|
gigih sgt create fb palsu bnyk2..... |
|
|
|
|
|
|
|
batak sangat yg dok gigih buat acc pelesu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macamlah... http://goo.gl/bFUvr1 |
|
|
|
|
|
|
|
dasar bongok bangang je buat keje ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dorg nak kumpul saham neraka kt akhirat tu, main fitnah org. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul masa org yg create fake account ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|