View: 3681|Reply: 16
|
[Tempatan]
{14} Catitan `'Lain-Lain Kaum' dalam dokumen, borang rasmi kerajaan dimansuhkan!
[Copy link]
|
|
Saturday, 16 April 2016
KUCHING - Penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan dimansuhkan, berkuat kuasa serta merta, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini.
Beliau berkata arahan turut dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri untuk melaksanakan perkara itu.
"Ini adalah sesuatu yang diminta oleh rakyat Sarawak melalui kerajaan negeri dan yang turut diperjuangkan oleh menteri-menteri Sarawak dalam kabinet kerajaan Persekutuan," katanya semasa merasmikan program Sejiwa Senada kesembilan di Dewan Suarah di sini, hari ini.
Pemansuhan istilah 'lain-lain kaum' bagi mewakili etnik di Sarawak dalam dokumen dan borang rasmi kerajaan adalah antara 53 prinsip dan tindakan yang dilaksanakan Adenan sejak memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak pada Februari 2014.
Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau melihat prinsip dan tindakan itu bukan sekadar janji kosong Adenan tetapi sebuah akujanji dan manifesto yang telah dilaksanakan sebelum pilihan raya negeri lagi.
"Sokongan dan dukungan harus terus diberikan kepada beliau (Adenan)," katanya.
Beliau percaya hubungan baik kerajaan negeri dan anggota Parlimen Barisan Nasional daripada Sarawak dengan kerajaan Persekutuan akan dapat membantu membawa lebih banyak pembangunan di Bumi Kenyalang ini.
"Sarawak cukup dekat di hati kita (kerajaan Persekutuan). Ini juga adalah satu sejarah, menteri-menteri (persekutuan) paling ramai dari Sarawak di bawah kepimpinan Perdana Menteri ketika ini.
"Saya ingin ucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin Sarawak yang telah berjaya membawa masalah dan isu rakyat Sarawak kepada kepimpinan negara," katanya. - Bernama
P/S termasuk mykad la kan? tak tahu selama ini tulis `lain-lain kaum'...mgkn terlalu byk kaum etnik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yayyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la lama baru skrg mansuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai kumpulan etnik di Sarawak
1. Iban
2. Cina
3. Melayu
4. Bidayuh
5. Melanau
6. Kayan
7. Kenyah
8. Lun Bawang
9. Penan
10. Kelabit
11. Kedayan
12. Bisaya
13. Berawan
14. Lahanan
15. Sekapan
16. Kejaman
17. Punan
18. Baketan
19. Ukit
20. Sihan
21. Tagal
22. Tabun
23. Saban
24. Lisum
25. Longkiput
26. Kadazandusun
27. Murut
(Dayak bukan sebuah kaum, tapi adalah sebuah bangsa yang terdiri dari kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputra_di_Sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
Ptut hapuskan terus je semua.. x perlu nk tanya bangsa n agama org.. dlm ic pun ptut buang status tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam IC ada tulis bangsa ke?
agama pon kalau islam baru tulis kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je la..election kan,ambik hati semua selagi boleh wahai komedi |
|
|
|
|
|
|
|
should be malaysian. senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa tu perlu .tuk buat statistik. |
|
|
|
|
|
|
|
yeaayyyy!!~
no3 + no4
FC yang bold tu
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
Selakau/Lara (Daerah Lundu)
Jagoi/Singai ( Daerah Bau)
Biatah (Daerah Kecil Padawan)
Bukar/Sadong (Daerah Serian)
gadis bidayuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Malu ke nk mengaku asal usul esok lusa lenyap la budaya kaum sendiri pastu salahkan kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 16-4-2016 11:34 PM
Malu ke nk mengaku asal usul esok lusa lenyap la budaya kaum sendiri pastu salahkan kerajaan
Asal usul apanya dapat detect kalau kena tick ruangan 'lain-lain'? Apa benda kaum 'lain2' tuh?
Lain la tick 'Bumiputera Sarawak' - tau juga asal usul dari mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
khensstt?? at least specify lah bumiputera negeri mana and so on
takde lah nak expect segala mak nenek pecahan bangsa dalam form tu i.e. lunbawang, lahanan, kadazan penampang, kadazan beaufort pelbagai |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 17-4-2016 01:10 AM
khensstt?? at least specify lah bumiputera negeri mana and so on
takde lah nak expect segala ma ...
Memang dah ada pun kan sis pilihan Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak itu. Dah lama. Rasanya elok la digunapakai dua terma ini berbanding 'lain2'. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak share gak ... utk pengetahuan uols suma ...
Long Busang (Mosang)
Kampung Long Busang adalah kampung yang terpencil di Hulu Sungai Rejang. Kampung ini sangat cantik dan orang-orangnya sangat peramah dan mesra.
Kampung ini dihuni oleh etnik kaum Kenyah Badeng (Madang) terdiri daripada kira2 lebih 200 keluarga.
Satu keunikan yang paling istimewa disini, setengah daripada penduduk anuti agama Kristian dan setengah lagi Islam.
Dalam sestengah keluarga mereka tinggal dan hidup sebilik namun tiada pernah berlaku salah faham, kekeliruan pasal anutan malah sangat hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
Sekiranya anda berpeluang..lawat lah kampung Long Busang, Syurga Ikan Air tawar termahal di Dunia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|