CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26172|Reply: 41

‘Saya Setuju Threesome Dengan Wanita Simpanan Suami’

[Copy link]
Post time 15-4-2016 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbaksusi at 15-4-2016 04:43 PM

ALAM rumahtangga bukanlah seindah yang dipaparkan di dalam novel cinta atau kisah-kisah dongeng.

Perkahwinan sebenarnya penuh dengan cabaran seperti didatangi seseorang yang lebih baik daripada suami atau isteri, dan jika didorong hawa nafsu pasti ikatan itu menjadi rapuh atau hancur berkecai sama sekali.


Dalam kisah yang bakal dikongsikan ini, seorang isteri tampil meluahkan rasa dilemanya akibat seri rumahtangga yang kian pudar.

Mari ikuti cerita *Fisha:


“Saya dan suami telah berkahwin hampir 9 tahun dan awal perkahwinan kami adalah tempoh paling sukar yang kami berdua hadapi.

“Kami tidak ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata sehingga ke hari ini tetapi kami masih bersama.

“Walaupun *Nazry tegas orangnya dan sering tertekan dengan tempat kerja, namun saya hargai penat lelahnya dan mencintai suami sepenuh hati.


“Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, saya perasan kami suami isteri sudah jarang melakukan hubungan intim.

“Suami juga selalu pulang lambat dan buat saya tertanya-tanya di mana silapnya. Kedinginannya menjadikan saya keliru kerana sepanjang berkahwin, saya tidak pernah menolak ajakannya ke ranjang.


“Tidak tahan dengan penderaan mental itu, saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada *Nazry dan memintanya untuk berterus-terang. Permintaannya selepas itu mengejutkan saya.


“Suami mengajak saya untuk melakukan threesome bersama rakan sekerjanya, *Lina. Rupa-rupanya, selama ini mereka berdua telah menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan saya!


“Hati isteri mana yang berkecai? Sudahlah ada perempuan simpanan, selamba pula diajaknya kita ‘berkongsi’ dengannya di bilik tidur!

“Tetapi, saya terlalu mencintai suami. Saya tahu dia memang ada memasang niat untuk melakukan hubungan seks secara bertiga sebelum kami berkahwin lagi, kerana dia ada beritahu keinginannya.


“Akhirnya, saya setuju untuk memenuhi fantasi seksnya kerana takut kehilangannya jika saya menolak, dengan harapan suami akan sedar betapa kuat sayang saya kepadanya. Mungkin selepas ini, dia akan berubah.


“*Nazry cadang agar saya bertemu dua mata dengan *Lina supaya kami berdua akan lebih mesra. Saya hanya menggangguk perlahan tetapi di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.



GAMBAR HIASAN

“Hari yang ditunggu tiba. Perempuan yang telah menyebabkan suami saya curang ada di hadapan mata saya.

“Melihat *Lina, baru saya faham mengapa suami sanggup selingkuh: perempuan tu bertubuh montok dan seksi orangnya. Serta-merta saya rasa rendah diri dan ‘terancam’ dengan sosoknya yang menggoda.


“Suami book bilik di hotel kerana saya tak benarkan ‘agenda’ kami bertiga dilakukan di rumah kelamin kami. *Nazry siap belikan saya dan *Lina set pakaian dalam seksi!


“Kami bertiga berada di dalam kereta yang sama untuk ke hotel tersebut dan saya berasa sangat gelisah. Saya takut dan keliru dengan perasaan saya.


“Namun, yang peliknya, jauh di sudut hati sebenarnya saya agak excited juga.

“Itu bukanlah kali pertama dan terakhir kami lakukan threesome. *Nazry akan aturkan beberapa sesi sesuka hatinya, dan setiap kali saya hanya patuh akan permintaannya.


“Lama-kelamaan, hubungan fizikal itu membuahkan perasaan sayang pula kepada *Lina.

“Apabila suami putus cinta dengan *Lina untuk jalin hubungan dengan wanita lain, kami berdua sering berhubung untuk meluahkan perasaan masing-masing.


“Saya gembira menjadi tempatnya mencurahkan isi hati dan dia juga sentiasa ada bersama saya dalam susah dan senang.

“Jadi apabila saya tidak rasa cemburu langsung dengan hubungan sulit baru suami, daripada situlah saya yakin bahawa sebenarnya saya telah jatuh hati pada *Lina.


“Hati saya berkobar-kobar untuk meluahkan perasaan sayang kepadanya, namun saya tahu jika kami jalinkan hubungan pun, ianya takkan ke mana.


“Dalam masa yang sama, suami mengalami masalah kewangan dan saya sebagai isteri harus ada untuk memberikan dia sokongan moral.

“Demi cinta kepada suami, saya ketepikan perasaan kepada *Lina dan cuba meyakinkannya agar berkahwin dengan orang lain dan mulakan kehidupan baru.


“*Nazry tidak tahu tentang perasaan saya terhadap *Lina hingga ke hari ini. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan anak dan kami berazam untuk lupakan episod hitam dalam perkahwinan kami itu.


“Inilah pertama kali saya ceritakan kisah bagaimana suami duakan saya berulang kali dan bagaimana saya jatuh cinta pada perempuan simpanannya.”



Begitulah jika pasangan suami isteri tidak kuat menolak godaan nafsu. Walaupun mereka pernah terlalu mengikut perasaan, namun kami ‘salute’ pasangan ini kerana masih mempertahankan perkahwinan mereka sehingga ke hari ini.


*Bukan nama sebenar.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 05:01 PM | Show all posts
confession of a threesomers.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini proof teori aku btuii dan smeerakubdakws btuiii

Manusia ada potensi bi seksual

Sesapa dakwa dia normal given a situation boleh tuko jadi cam.isteti tu
Mcm aku salu kata, jantan rosak abis smua  rosak, ade ke sapa.nk dakwa homo seks tu semulajadi? Hahsha
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 05:21 PM | Show all posts

This is so scary
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 05:26 PM | Show all posts
dlm forum ni pn ada suka threesome
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 06:03 PM | Show all posts
macam tipu je cite ni ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2016 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 15-4-2016 06:03 PM
macam tipu je cite ni ....

Kannn

Macam tulis tuttt fantasy cerpen gituh ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih makcik kalau jadi isteri beliau,

Confirm makcik lari menghilangkan diri, pastu minta cerai kat mahkamah,

Bila chenta tak dihargai, baik ku pergi bawa diri inni
Wuwuwuuuuuuuuu sedihhh!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 06:08 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 15-4-2016 06:05 PM
Kannn

Macam tulis tuttt fantasy cerpen gituh ehehe

aahkan macik .. report lah macik ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 15-4-2016 06:08 PM
aahkan macik .. report lah macik ....

Report aper jenab oii~ makcik tak tahu report report nii

Makcik buta forum gituw ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 06:22 PM | Show all posts
cam tipuuuu jah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org ty ugama apa jgn pulak mengaku Islam... Tp jujurin ramai kot yg mcm ni sbb ada secretary co lama aku mengaku dia threesome dgn satu kapel ni...cina masuk Islam dgn bini melayu...bukan la dia ada perasaan kat mamat tu cuma part time dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita rekaan sapa ni...?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu cinta pd manusia semata2 mcni la..byk merosakkan dan memudaratkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengarang yang sama Cikgu Suraya ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 07:04 PM | Show all posts
ini ialah impian semua lelaki, takde yg pelik. cuma cerita ni rasanya fantasi sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2016 10:08 PM | Show all posts
kalau xde rasa cemburu,
xde rasa malu,
iman dah ke laut..

sila bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 12:26 AM | Show all posts
Sumber ilmiah jurnal saintifik porno peer-reviewed mana ni? Cer tulis sumber
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan forum ni ada yang berani2 cuba proposed buka swingers club ka lamaaaaa dulu?

Eh swingers pun ada sesi 3some kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh i penah came across kisah gini kat channel crime & investigation. Memang giler laaaa. Tapi omputih kan memang sex preferences depa ni bukan2. Cuma terkejut kat msia pun ada camni??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.224573 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list