|
Oleh : TS LOO
Senarai pemohon Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya sebelum hujung bulan ini.
Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Mohamad Yusoff Ghazali, berkata permohonan berkenaan masih dibuka dan borang Pendaftaran MyDeposit boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Katanya, MyDeposit yang dilancarkan pada 6 April lalu, adalah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan pertengahan untuk memiliki kediaman pertama mereka.
"Insentif yang diberikan oleh Skim MyDeposit adalah berbentuk sumbangan dan ia tidak perlu dibayar balik. Bagaimanapun, kerajaan menetapkan rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual untuk tempoh 10 tahun selepas pembelian," katanya dalam Taklimat Khas dan Sesi Soal Jawab bersama media semalam.
INFO PERMOHONAN MyDeposit
Selangor - 2,500
Putrajaya - 1,000
Johor - 643
Pulau Pinang - 534
Kuala Lumpur - 158
Yusoff menjelaskan, pemohon yang sudah ditapis untuk ditawarkan skim berkenaan akan diberi tawaran bersyarat yang sah selama 30 hari berkuatkuasa daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan.- CARI Infonet
berita selanjut : bharian.com.my/ |
|