View: 22235|Reply: 149
|
Nora Danish Ditegur Kerana Sibuk Dengan Telefon Bimbit Di Restoran...
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish memilih Iceland untuk mengadakan sesi fotografi koleksi terbaharu bawah labelnya Owl by Nora Danish kerana menyukai filem Dilwale yang turut menjalani penggambaran di negara itu.
Nora atau nama sebenarnya Nor Mohd Danish Hanif, 34, berkata, sepanjang lapan hari berada di sana, dia dan pasukannya sempat merakamkan foto di lokasi penggambaran filem itu termasuk di Black Sand Beach, Seljalandsfoss Waterfall dan Ring Road.
"Saya memang kagum dan pasang impian untuk ke Iceland selepas menonton filem Dilwale dan Alhamdulillah segala perancangan dibuat akhirnya terlaksana.
"Meskipun perjalanan untuk ke Black Sand Beach memakan masa hampir tiga jam dari Reykjavik iaitu bandar utama Iceland tetapi ia sangat berbaloi apabila dapat melihat keindahan ciptaan Allah," katanya kepada mStar Online.
Nora terpaksa menahan kesejukan bagi memastikan hasil gambar yang menarik.
Sesi fotografi berkenaan menurut Nora adalah untuk koleksi Aidil Fitri Owl by Nora Danish termasuk tudung, kurung moden dan tas tangan.
Kata Nora lagi, penggambaran itu juga turut mendapat kolaborasi bersama Alextan Artworks dan Filming Art yang merakam gambar dan video nya ketika di Iceland.
"Cuaca di Iceland memang sangat sejuk serta berangin dan ia cabaran terbesar sepanjang berada di sana.
"Kami hanya melakukan apa yang termampu sahaja dan Alhamdulillah pasukan fotografi dan video yang cekap berjaya merakam momen-momen terbaik," ujarnya.
Antara aksi menarik Nora ketika berada di Black Sand Beach.
Dalam pada itu, Nora berkata, pemergiannya ke negara berkenaan bukan sahaja untuk tujuan kerja sebaliknya mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga dan anaknya, Putra Rayqal.
Berkongsi lanjut pengalaman di Iceland, Nora berkata, dia sukakan keramahan masyarakat di Reykjavik selain menyifatkan ia sebuah bandar yang cukup cantik dan tenang.
"Masyarakat di sana memang ramah dan juga mengambil berat terhadap orang sekeliling. Pernah ketika kami singgah di sebuah restoran untuk makan, kami masing-masing asyik dengan telefon.
"Melihat keadaan itu mereka menegur kami agar menyimpan telefon dan berbual di antara satu sama lain.
Antara koleksi tudung dan tas tangan dibawah jenama Owl by Nora Danish yang bakal menemui peminat.
"Apabila melihat sekeliling masyarakat tempatan yang berada di dalam restoran tersebut memang tiada seorang pun memegang telefon dan membuatkan kami malu dan menyimpan telefon," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nora berkata, dia bakal memasuki set penggambaran telefilem arahan Ghaz Abu Bakar dan sebuah filem tentang kanser pada Mei depan.
Selain itu, Nora baharu sahaja dilantik sebagai duta produk dan ikon selfie telefon pintar Oppo F1 Plus selama setahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
suke iceland.. suka dilwale... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh mak ai..jual tudung sampai ke sane shoot nya.... kaya betull |
|
|
|
|
|
|
|
syok ooo g sane.... kaya nye nowa boleh bwk team g iceland... |
|
|
|
|
|
|
|
baik i support artis bertudung yg jual tudung, kata makcik sebelah rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm. Agak pricey jgk kan hrga tudung dia. Patut la. |
|
|
|
|
|
|
|
Sentap tak kne tegur gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Nor mohd danish ke nama senar die? |
|
|
|
|
|
|
|
Mahu tak pricey harga owl, kenalah cover cost promosi. Tp iceland mmg cantik. Kena menabung tabung gajah ni kalau nk g iceland |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak gambar gambar cantik. Baguslah rezeki dia and keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ALDRIN at 13-4-2016 07:48 PM
Bukan ke Spore Airline ada flight Spore-Reykjavik Kef, Iceland ke? So ala2 baru take off Changi, enroute ke KLIA gitu..berhenti singgah amik diaorg kann...
Patut laa last week bukan main promo Nazri Teksi pemakan dedak abadi mempromo SIA dlm parliment instead of promo MAS...oooo dapat tiket free bagi kat anak n bakal menantu bercuti2 ke Iceland kahhh??
huntunglaaa dapat priviledges kawan kawen anak menteri kannn???? reta bapakk kauuu katanyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Komen yg sgt win kat BN..
Dinegara sendiri separuh bogel..
Kat negara org pandai pulak bertudung penuh |
|
|
|
|
|
|
|
Koleksi aidilfitri ke cmtu. Ni kalau g beraya umah org abis bdk2 pijak |
|
|
|
|
|
|
|
Untung boleh ke tempat dilwale shooting.
Dah rezki ko ye Nora. Alhamdulillah la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ummah malaysia yang tegur , pastinya ummah tersebut dicop penyibuk, suka jaga tepi kain orang, mudah sentap dll..
Kemudian berbondong2 lah macai datang dan menghencap ummah tersebut kerana busybody..
Tapi bila ummah iceland yang tegur..tiba2 saja ok..
Begitulah taksubnya orang asia kepada ummah luar |
|
|
|
|
|
|
|
laku ke dia jual tudung..ada tgk kt zalora. tp x berkenan nk beli. rasa overpriced pun ada jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 13-4-2016 08:30 PM
Kalau ummah malaysia yang tegur , pastinya ummah tersebut dicop penyibuk, suka jaga tepi kain orang, ...
Nora sembah ratus kat kaum kokosen uols. Kalau ditegur terus aura +ve meresap. Gituuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|