|
|
Oleh : Dean BZ

Sebanyak 35 negara, 39 kapal perang termasuk pesawat udara pelbagai jenis menyertai Multilateral Naval Exercise Komodo 2016 yang diadakan di Teluk Bayur, Padang, Sumatera Barat bermula semalam sehingga 16 April 2016.
Selain Rusia, China, Amerika Syarikat, negara-negara lain yang terlibat antaranya Malaysia, Bangladesh, India, Thailand, Vietnam, Jepun, Perancis, Sri Lanka, Australia, Papua New Guinea, Singapura, Brunei Darussalam dan beberapa buah negera lagi.
Untuk acara Exercise Komodo kali ini, TNI AL sendiri telah mengerahkan 29 kapal perang, dua pesawat CN 212, satu pesawat CN-295, dan dua helikopter jenis Helly Bell 412.
Panglima Angkatan Laut TNI (KSAL) Laksamana TNI Ade Supandi mengatakan, Multilateral Naval Exercise Komodo 2016 diadakan bertujuan bagi mewujudkan pendamaian dan meningkatkan kerjasama diperingkat global.
“Kegiatan ini menggambarkan keinginan dan komitmen untuk meningkatkan kerjasama antara Angkatan Laut bagi mewujudkan pendamaian dan menjaga keselamatan di kawasan masing-masing,” ucap Ade Supandi. - CARI Infonet.



Sumber - tass.ru |
|