View: 1860|Reply: 3
|
Tak Tahan Bau Durian? Cuba Petua Mudah Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Musim durian tiba lagi. Bagi penggemar durian mereka memang tak kisah dengan bau yang kuat datangnya dari raja buah ini.
Tapi bukan semua orang tahan dengan bau durian yang tajam itu. Jangan risau, ini dia petua untuk menghilangkan bau kurang enak yang melekat dalam kereta atau rumah anda.
1. Bancuh kopi panas kemudian letakkan dalam bonet kereta atau di bahagian mana dalam rumah mengikut pilihan anda. Dalam tempoh 15-30 minit, bau kopi akan mengatasi bau durian dan membuatkannya hilang terus.
2. Cuka akan menyerap bau durian. Letakkan cuka di mana yang anda mahu untuk ‘membuang’ bau itu.
3. Roti juga antara bahan yang mampu menyerap bau. Jadi anda boleh menggunakan roti putih untuk menghilangkan bau kurang enak itu.
4. Arang juga boleh digunakan untuk mengatasi bau durian yang memenuhi segenap ruang dalam rumah atau kereta anda. - CARI Infonet
Sumber petua: Rasa.my
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
Durian ler sedap ohoii!!
Makcik antu durian |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah sedapnya durian |
|
|
|
|
|
|
| |
|