View: 2338|Reply: 6
|
Buat Sendiri Stok Ayam, Lagi Senang dan Sihat
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
(Sumber foto: Carian google)
Selalu sediakan menu ayam, tulangnya jangan dibuang terus. Ia boleh dijadikan stok ayam yang sangat berguna.
Ini termasuklah menjadi penambah atau penyedap rasa untuk masakan lain. Ia lebih sihat kerana tidak dicampurkan dengan perasa tambahan.
Berikut merupakan resipi menyediakan stok ayam. Anda juga boleh menggantikan tulang ayam dengan tulang daging untuk penyediaan stok daging.
Bahan-bahan:
Tulang ayam secukupnya
1 liter air
1 batang saderi | dipotong kecil
1-2 biji lobak merah | dipotong kecil
2 inci halia | diketuk
2 biji bawang besar | dipotong 4
2 ulas bawang putih | dimayang
2 batang kayu manis
3 biji | buah pelaga
2 biji tomato | dipotong 6
3-4 biji kentang | dipotong 4
4 helai daun bay
2 sudu garam
3 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara memasak:
1. Rebus semua bahan selama 4-5 jam dengan api kecil.
2. Setelah semua bahan empuk, sejukkan. Kemudian ditapis dan diambil stoknya sahaja.
3. Simpan di dalam bekas dan bolehlah disejukbekukan. - CARI Infonet
Sumber resipi: Rasa.my |
|
|
|
|
|
|
|
4-5jam |
|
|
|
|
|
|
|
Niceeeee~salunye bt sup terus...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
tulang yg dah bekas org ngap2 ngap isinya ke |
|
|
|
|
|
|
|
ciskek.leleh replied at 8-4-2016 03:19 PM
4-5jam
Selalu mak iols buat, rebus atas api sejam or dua jam, pastu transfer dalam "thermos" kot (saiz besar mcm periuk nasi) lagi dua jam. Jimat gas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|