Edited by CARI-IIN at 6-4-2016 04:26 PM
Oleh Izzah Abbasy
"Mendapat restu daripada ibu bapa akan buat kita boleh pergi jauh"
Bukan mudah seorang lelaki muda lembut hatinya untuk membantu orang tua lagi-lagi ketika berada di tengah-tengah bandar.
Lihat sajalah jika orang-orang tua yang menjual barang, kerepek mahupun tisu semasa di lampu isyarat mahupun hanya di kaki lima kedai hanya untuk mencari sumber pendapatan. Tapi berapa ramai yang sanggup beli?
Seorang pelakon, Varun Pruthi terjumpa seorang lelaki tua yang berusia 68 tahun menjual buku dalam bag lapuknya semasa di lampu isyarat. Dia membeli kesemua buku yang ada iaitu 57 buah buku dan membayar sebanyak Rs 11400 (lebih kurang RM 700).
Sudah 22 tahun lelaki tua ini melakukan pekerjaan tersebut. Apabila ditanya apa yang membuatkan dia untuk terus menjual buku begini sedangkan sudah tua. Dia menjawab, "Utamakan ibu bapa. Saya mampu bertahan kerana restu daripada kedua ibu bapa saya."
"Awak boleh pergi jauh dalam hidup sekiranya sentiasa mendapatkan restu dari kedua ibu bapa awak."
Perbuatan pelakon Bollywood ini harus dipuji dan ia sebenarnya boleh dijadikan contoh kepada pemuda dan wanita lain di luar sana. Jika kita sama-sama membantu orang yang dalam kesusahan ini, InshaAllah hidup kita juga diberkati dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Yang pasti, Allah akan menggandakan lagi rezeki kita. - CARI Infonet
|