CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20736|Reply: 200

[Tempatan] Bakal pengantin perempuan pula ‘ghaib’ di hari pernikahan

[Copy link]
Post time 3-4-2016 03:09 PM | Show all posts |Read mode

TAMPIN - Hari pernikahan yang dinanti- nantikan seorang posmen untuk disatukan bersama kekasih hatinya dengan hantaran RM19,000, semalam menjadi hari paling mengecewakan dalam hidupnya apabila impian mendirikan rumah tangga punah.

Bakal pengantin itu terkejut apabila kediaman bakal pengantin perempuan tidak berpenghuni dan bakal isterinya tidak dapat dihubungi sedangkan tarikh berkenaan merupakan tarikh mereka disatukan dan dinikahkan di rumah tersebut sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, rombongan pengantin lelaki juga terpaksa menanggung malu dan rasa tertipu susulan telah menyerahkan wang hantaran  RM16,000 sebelum hari pernikahan.

Lebih mengecewakan, tarikh 2 April dipilih sebagai hari bahagia lelaki itu berikutan tarikh berkenaan merupakan ulang tahun kelahirannya, namun perkara tidak diingini berlaku.

Difahamkan, walaupun perbincangan majlis akad nikah dan perkahwinan belah pihak pengantin perempuan telah ditetapkan sebelum ini dan kad jemputan telah dibuat, namun jiran berdekatan tidak mengetahui hal tersebut dan tidak mendapat jemputan.

Menurut sumber, bakal pengantin lelaki berusia 26 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pekerja kedai telefon di salah sebuah kedai di Pulau Sebang pada pertengahan 2014.

“Mengikut perjanjian semasa majlis pertunangan, mereka sepakat  menunggu tempoh dua tahun bagi memberi peluang kepada bakal pengantin lelaki mengumpul wang hantaran RM19,000.

“Bakal pengantin lelaki yang hanya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur itu berjaya mengumpulkan wang hantaran dengan hasil titik peluh bekerja sebagai posmen dengan gaji RM900 sebulan serta bantuan kewangan daripada adik-beradiknya yang lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sumber berkata, bakal pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran RM13,000 kepada keluarga pengantin perempuan yang tinggal kira- kira 3 kilometer dari kediaman keluarganya pada pertengahan November lalu dan pada awal Mac lalu, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM3,000 lagi.

Kata sumber, baki sebanyak RM3,000 lagi bakal diserahkan lelaki itu kepada bakal isterinya itu di hari mereka disatukan dengan ikatan akad nikah yang sepatutnya berlaku semalam.

Bakal pengantin lelaki difahamkan turut mengalami kerugian lebih RM30,000 berikutan sudah membuat pelbagai persediaan di majlis perkahwinan rumah pengantin perempuan termasuk pelamin, baju pengantin dan jurukamera.

Menurut sumber, mangsa bakal mengambil tindakan saman malu berhubung insiden berkenaan kerana bakal pengantin melarikan diri di hari perkahwinan termasuk mengedarkan kad jemputan perkahwinan bagi pihak keluarga lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang  mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi dari pihak bakal pengantin perempuan semalam tidak berjaya.

Kes melibatkan pasangan pengantin merupakan kes kedua berlaku dalam dua minggu ini. Sebelum ini hasrat seorang pengawal keselamatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya tidak kesampaian selepas dia ditumbuk  ahli keluarga wanita terbabit dalam satu kejadian di Masjid Jamek Al-Khadijiah, gara- gara tidak menyediakan wang hantaran RM15,000 yang mencukupi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu jugak la nih........
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:14 PM | Show all posts
mohon sepupu sepapat yg kenal pengantin pmpn tu, tepekla besar2 wajah dia..

kami warga lelaki satu malaysia, taula nk ngajar dia cmne..

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak sudi, cakap awal2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlajak aprilpol .....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 3-4-2016 03:14 PM
mohon sepupu sepapat yg kenal pengantin pmpn tu, tepekla besar2 wajah dia..

kami warga lelaki sat ...

Mesti.pengantin lelaki ada gambar bakal isteri dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2016 03:24 PM | Show all posts
lagi tgi wang hantaran, lagi tgi peluang utk tak kawin di hari pernikahan.
itu HIPOTESIS darisegi SAINS iols je
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy Belated April Fool !!!

Tapi hantaran 19k keja posmen........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 03:24 PM | Show all posts
dubb pernah mendengar cerita gini dalam satu ceramah ustaz

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 3-4-2016 03:24 PM
lagi tgi wang hantaran, lagi tgi peluang utk tak kawin di hari pernikahan.
itu HIPOTESIS darisegi S ...

apala awok nj..huhuhu. Nungkin si bride kna ugut ke pe.ni better dri gdoh then kna viral!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 3-4-2016 03:24 PM
dubb pernah mendengar cerita gini dalam satu ceramah ustaz

takut kna rogol je as bls dendam
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana satu family boleh berkomplot menipu pengantin lelaki? Memang keturunan penyangak ala2 setad jadian Razis tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:36 PM | Show all posts
Gila hauk bakal bini ngn famili dia
Anak Kerja Kedai Tefon laki Posmen je hantaran rm19k??
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:39 PM | Show all posts
fire_place replied at 3-4-2016 03:36 PM
Gila hauk bakal bini ngn famili dia
Anak Kerja Kedai Tefon laki Posmen je hantaran rm19k??

taukeh kedai henfon agaknya


xkan pekerja ..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
So, perempuan  sebenarnya banyak tipu lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi tinggi hantaran lg la nmpk unsur2 materislestik cinta plestik nak lari lps dah sapu duit hantaran. To kan poremer2 yg nka hantaran tinggi nnti cakap itu kan harga srbuah tanggungjawab. Bg tinggi hantaran nampklah lelaki bertanggungjawab walaupun bergolok gadai hutang keliling pinggang baharulah akan terpancar sinar kebahagiaan pelesu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 hal ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:44 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-4-2016 03:33 PM
apala awok nj..huhuhu. Nungkin si bride kna ugut ke pe.ni better dri gdoh then kna viral!

x psl2 satu family berkomplot tipu duit laki tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
fire_place replied at 3-4-2016 03:36 PM
Gila hauk bakal bini ngn famili dia
Anak Kerja Kedai Tefon laki Posmen je hantaran rm19k??

Lawa kot sis. Tu yang perantin lelaki ikutkan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya jilake.. satu famili dak pompuan ni ke pakat2 penaya budak nih...kesiannya...susah payah keje kumpul duit nk brumahtangga kena pedajal...harap bdk jantan ni saman kaw2 nye jgn kasi can langsung..:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.090835 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list