Tidak tahulah sama ada Maya Karin bergurau sempena April Fools semalam atau memang pelakon ini mahu berhenti dari bidang hiburan. Malah lebih mengejutkan, Maya juga menyatakan keinginannya untuk menjadi menyertai dunia politik.
“Setelah berfikir masak masak pada tahun ini, saya ambil keputusan untuk membuat perubahan, nak berhenti dari industri hiburan dan sertai politik! #MYboleh,” tulisnya.
Perkara tersebut disuarakan Maya melalui akaun Twitter miliknya dan lebih menarik lagi, Maya juga turut menyenaraikan usul pertamanya adalah untuk memberikan perkhidmatan internet percuma di seluruh negara. Kami sokong internet percuma dan laju.
Apa yang dikongsikan oleh Maya mendapat perhatian daripada peminatnya yang rata-rata bersedia menyokong Maya jika pelakon wanita ini bertanding nanti. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk mengundi Maya Karin jika perkara ini jadi suatu kenyataan? (rtky/s)
|