|
Oleh Izzah Abbasy
Bila sebut sahaja tentang pramugara mahupun pramugari pasti sudah terbayang wajah mereka yang sudah semestinya cantik, tampan dan sempurna sahaja.
Namun, pasti ramai yang tak menyangka apabila wajah pramugara yang sudah kacak itu tidak kekal lama apabila dia sanggup berhabis wang semata-mata ingin menyerupai anak patung Ken.
Rodrigo Alves, seorang pramugara yang menetap di London akui berbelanja sebanyak 1.73 juta untuk pembedahan plastik.
Menurut Alves, perbelanjaan itu termasuk RM57,000 untuk menegangkan pinggul, RM137,000 untuk implan silikon pada dada, RM273,000 untuk membentuk perut ‘eight packs’ menggunakan lemak dan kulit tubuhnya sendiri.
Kini, beliau kelihatan jauh berubah dari rupa asalnya, dan Alves sangat gembira dengan kemunculan terbaru wajahnya. Erm, anda rasa nampak lagi elok pada yang asal tak? Sepatutnya kena buat di Korea barulah nampak 'real'. Hehehe - CARI Infonet
|
|