Menjadi viral satu video berdurasi satu minit lebih bertajuk " When parents try to stop you from being gay". Video ini memaparkan apa yang akan terjadi apabila ibu bapa cuba menghalang anak lelakinya yang cuba menjadi gay.
Semasa penggambaran rancangan Cosa De Familia, seorang lelaki tiba-tiba muncul dikhalayak ramai dengan memakai baju ketat dan mula menari-nari ala DIVA. Kelihatan kedua ibu bapa nya yang turut berada disitu terkejut dengan kemunculan anaknya dan mereka mula menarik tangan lelaki itu untuk duduk namun tetap tidak diendahkan anaknya.
Kelihatan penonton yang berada di studio itu bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat lelaki itu. Tidak pasti pula adakah ia hanya satu gimik dalam rancangan itu atau memang terjadi tanpa dirancang. Yang pastinya video itu memberi satu mesej besar kepada penonton.
Di Amerika pada ketika ini, perkahwinan dan seks sejenis di halalkan dan ia bukanlah suatu kesalahan yang melanggar undang-undang. Terdapat juga banyak organisasi yang gigih memperjuangkan hak untuk golongan homoseksual di serata negara terutamanya Eropah.
Namun dalam Islam, umatnya dilarang sama sekali melakukan seks sejenis. - CARI Infonet.
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
yg barat sendiri pun ziziks dgn gay...btw gay ke tuh ...lebih pd transvestite jer... kompom suis tercabut... cuma kesian sgt kat parents dia esp bapak dia...di malukan begitu sekali..
This is not how it suppose to be la, I think. Gay ke transgender ke apa ke, dia patut talk this out privately dengan parents dia. Bukan menari2 dalam TV (although I have to admit, it's funny ) for the whole world to see and gain support from people he/she doesn't even know and maybe couldn't care less about his/her wellbeing later on.
Pergi yakinkan elok-elok parents ko supaya dorang terima ko sebab these two person lah yang akan sayang & peduli pasal ko forever. Dari gaya pun memang boleh nampak, the parents care pasal dia. Kalau tak kanlah parents dia nak tarik & try to stop her/him dari menarik diva begitu .
(aku tak nak komen dari segi agama, tu masing-masing lebih tahu )
on the bright side, perlakuan dia boleh bukak mata semua orang bahawasanya orang macam dia memang wujud merata-rata. cuma masih ramai menyorok dalam almari.
Aku tak nak cakap Dlm konteks agama lah,
Tp hakikatnya gay ni bukan perasaan yg dibuat2,
Kalau cakap Ada urat yg putus dll..persoalkan Balik sape yg cipta urat putus tu?
Sapa yg cipta Naluri ,sapa yg cipta kanak2 istemewA?
Kalau org cakap terjadi Sebab Melayan perasaan,
Tahu x Ada gay yg berkahwin untuk melawan perasaan pada perempuan akhirnya
Kembali Balik pada jalan lama?macam mana pula yg Jd gay akibat pengalamn dicabul?
Sapa yg takdir kan dia dicabul? Kehendak dia Ke?sbb Kalau bergaul dgn org gini
Kebanyakan sbb terjadi nya adalah pengalamn lampau yg kdg2 Jd Sejarah hitam hidup.
aku pa pun sexuality anda,bincang dgn org tua,
Hidup dgn Baik,xmenyakiti org skeliling tu adalah yg Baik,
Xda sape Berhak menghukum Dan persoalkan.
Kalau nak persoalkan sila persoalkan Balik sapa yg cipta perasaan tu.
Aku banyak bergaul dgn Golongan gini.
aku pn byk interview, perogol, pembunuh dlm jail masa buat lawatan dlu.
tu semua bukan perasaan dibuat2, dorg ada hak utk melayari perasaan, bukan dorg minta jadi begini,
kalu nk persoalkn dorg, baik persoalkn yg mencipta perasaan utk merogol tu, atau membunuh tu, kene tanya pada sang pencipta perasaaan.