Oleh Izzah Abbasy
Pedro Martin Ureta, seorang petani Argentina telah menghasilkan Taman Gitar sebagai satu penghormatan kepada arwah isterinya, Graciela Yraizoz, yang meninggal dunia pada tahun 1977 pada usia 25 ketika hamil anak ke-5 mereka.
Ureta memilih gitar kerana ia adalah instrumen yang paling disukai isterinya.
Gitar gergasi ini ditanam di kawasan pertanian yang subur di Pampas Argentina oleh Pedro Martin Ureta pada tahun 1978.
Menurut kebanyakan sumber, 7000 pokok terdiri daripada Cypress dan Eucalyptus telah digunakan dan ditanam untuk menjadikan taman gitar ini. Pokok-pokok kayu putih pula digunakan untuk mewakili enam baris tali gitar dan kelihatan seakan warna biru jika dilihat daripada atas.
Dalam perancangan asal, seorang arkitek landskap telah ditugaskan untuk mengusahakan taman ini tetapi kerana kos, Pedro Martin Ureta memutuskan untuk melakukan karya taman ini dengan usaha sendiri dibantu oleh empat orang anaknya.
Semua pesawat yang terbang di atas ladang mereka dapat melihat bentuk gitar klasik Sepanyol ini.
Malangnya, Predro Ureta sendiri telah pernah melihat gitar yang besar dari udara ini kecuali dalam gambar kerana beliau takut terbang. - CARI Infonet
Kredit : productforums.google.com
|