View: 2567|Reply: 2
|
Bagi Yang Alergi Telur, Kek Minyak Tanpa Telur Untuk Anda
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Telur pastinya merupakan agen terbaik untuk melemakkan, menggebukan kek yang dibuat.
Namun jika anda merupakan seorang yang alergi telur dan tidak boleh mengambil telur dalam jumlah yang banyak, ada bahan lain yang mampu diganti untuk telur.
Bahan-bahan
ADUNAN PUTIH :-
1 3/4 cawan tepung gandum}
1 sk baking soda} - ayak bersama
1/2 sk baking powder}
1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
1 cawan air panas/susu segar panas
1 sk esen vanilla
ADUNAN COKLAT :-
1 1/2 cawan tepung gandum}
1/4 cawan serbuk koko}
1 sk baking soda}
1/2 sk baking powder} - diayak bersama
1 cawan gula halus
1/4 sk garam
1/3 cawan minyak
1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
1 cawan air panas/susu segar panas
1 sk esen vanilla
Cara-cara
Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.
Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.
Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.
Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.
sumber:kakfida
-CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuka tu ke yg ganti telur? |
|
|
|
|
|
|
| |
|