View: 2605|Reply: 0
|
Perut Buncit, Jangan Risau Sista, Ikuti 5 Tip Berikut..
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Ramai di antara kita khususnya yang jarang bersukan, maslah perut buncit memang menjadi igauan tidak kira perempuan atau pun lelaki.
Berikutan perut yang buncit menyebabkan sebilangan besar kaum hawa tiada keyakinan diri dan kebingungan untuk berfesyen.
Kadang-kala wanita dengan badan yang tidak terlalu gemuk atau bahkan kurus pun mempunyai masalah perut buncit.
Aduhai, apa yang nak risau sangat ni, relaks sis sebab ada beberapa tip fesyen yang boleh anda cuba untuk menyorok atau sembunyikan perut buncit kalian.
Don't worry be fahsion ! Selamat berfesyen!
1) Korset
Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan lebih langsing dan menarik. Dengan korset, anda lebih bebas pakai baju yang lebih ketat atau bahkan skirt high-waist atau baju yang memberi lekuk tubuh.
2) Beli ukuran yang bersesuaian
Kebanyakan Wanita cenderung memakai seluar ketat untuk menyembunyikan buncit, padahal cara ini salah kerana seluar ketat di bawah pusat hanya akan menekan perut buncit dan menjadikan ia seakan ‘tumpah’ dari seluar. Oleh itu sis, beli yang sesuai tidak terlalu menekan, jangan paksa diri memakai seluar ketat yang memang bukan ukuran anda semata-mata untuk menyorok perut buncit.
3) Beli seluar jenis potongan high-waist
Seluar dengan potongan ini boleh menutupi perut buncit dengan baik. Di samping lebih bergaya, ianya juga boleh menyorok lemak di perut kerana seluar ini boleh berfungsi sebagai korset.
4) Baju longgar
Jika anda sedang memakai seluar ketat di bawah pusat, pastikan anda memakai baju atasan yang longgar seperti sweater, blouse labuh, oversized kemeja dan sebagainya. Cara ini berkesan untuk menyembunyikan prut buncit dan mengalihkan perhatian pada baju yang dipakai. Untuk tampak lebih bergaya lagi, anda boleh juga menggabungkan dengan boots.
5) Beli seluar yang boleh ditegangkan
Saat ini sudah banyak seluar dengan bahan yang boleh ditegangkan, bahkan untuk jeans. Anda boleh pilih legging, leather pants, spandex dan lain-lain yang sesuai dengan bentuk badan. Seluar seperti ini boleh memberi kesan kaki lebih kecil sekaligus tidak menyeksa bahagian perut yang buncit.- CARI Infonet
sumber info: http://www.freshstyle.blogspot.my |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|