Oleh Izzah Abbasy
Awie mahupun Erra Fazira kedua-duanya mempunyai aura tersendiri. Kisah lama mereka, drama dan lakonan filem dahulunya memang mendapat sambutan dan diingati sehingga ke hari ini.
Terbaru, mereka bakal mengimbau kembali kenangan percintaan di zaman muda remaja melalui sebuah filem.
“Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem”
“Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya,” kata Awie.
Untuk pengetahuan anda, Erra dan Awie mula menjalin cinta selepas sama-sama membintangi filem Sembilu sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun 1996. Namun, ia tidak kekal lama dan masing-masing berkahwin dengan pilihan sendiri dan setelah mendapat anak, akhirnya mereka kini kembali 'single'.
Tambah Awie, filem tersebut juga bukanlah bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya ingin menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Katanya lagi, hanya perkara penting sahaja akan dimasukkan dalam jalan cerita filem itu nanti. - CARI Infonet
Kredit : NST dan Rotikaya
|