View: 2508|Reply: 7
|
Pedicure Dirumah Lebih Murah! Jom Buat
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Pedicure di salon memerlukan anda keluarkan duit paling kurang RM50. Ini hanya Pedicure asas.
Jika mahu cantik-cantik, pasti anda perlu keluarkan duit lebih.
Tapi jika ingin berjimat bukan bermakna anda terus tidak mempedulikan rawatan kaki kerana pedicure dapat mencegah penyakit kuku dan masalah pada kaki.
Langkah-Langkah Untuk Melakukan pedicure Sendiri Di Rumah:
Langkah 1
Hilangkan semua cat pada kuku anda dengan nail polish remover.
Langkah 2
Masukkan air suam dalam bekas bersama sabun atau garam. Masukkan kaki Anda kedalamnya selama 10-15 menit.
Langkah 3
Gunakan sikat kaki atau scrub untuk menghilangkan semua kotoran pada tumit kaki dan diantara kuku.
Langkah 4
Dengan menggunakan batu kikis, gosok bahagian tumit dan telapak kaki Anda untuk menyingkirkan kulit-kulit mati yang ada di sana.
Langkah 5
Pijat kaki anda sambil melakukan scrub. Setelah itu, balut kaki anda dengan tuala yang dihangatkan untuk mengunci kelembaban pada kaki.
Langkah 6
Keringkan kaki Anda dengan tuala. Dan, potong kuku Anda.
Langkah 7
Kikir kuku anda dengan lembut
Langkah 8
Cuci kaki Anda dan keringkan.
Langkah 9
Keringkan kaki Anda dengan menggunakan lotion pelembab selama 5 minit.
Langkah 10
Jika sudah selesai, hilangkan semua sisa minyak pada kuku anda dengan remover lalu cat dengan warna pilihan anda. -CARI Infonet.
Sumber:femalemag |
|
|
|
|
|
|
|
Tq nanti i nk buat |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 25-3-2016 08:44 PM
chaiyokkkk sis!
Kaki berkulat sis.kena la buat |
|
|
|
|
|
|
|
Kebetulan nak share ni,
Kalau korang nak buat pedicure manicure murah
Guna alat yg MCM dlm TV jenama scholl xsilap tu je dh rm150.
Ko sila pergi kat mr.diy dapatkan mesin as seen on TV untuk mani&pedi
Harga bawah rm20, kalau kat Lazada ke mahal gak lah beza harga,
Kesannya?? Mmg bagus aku dh xpayah ke spa kuku
Ni alat masuk bateri,nak kilat kan kuku ke apa proses kat spa tu
Korang boleh buat kat rumah.hasil mmg sgt bagus dan yg ptg murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh juga korang rendam kaki dlm air garam hangat kemudian sental.
Guna berus gigi buruk dan ubat gigi gosok kuku. |
|
|
|
|
|
|
|
fire_place replied at 27-3-2016 10:18 AM
Boleh juga korang rendam kaki dlm air garam hangat kemudian sental.
Guna berus gigi buruk dan ubat ...
Wow! Tq utk tips ni uolssss |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|