View: 1950|Reply: 3
|
[Tempatan]
Serangan Brussels : Airport Tutup Hingga Ahad, MAHB Ketatkan Keselamatan
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-IIN at 25-3-2016 11:54 AM
Oleh Izzah Abbasy
Lapangan terbang Brussels akan kekal ditutup kepada penumpang hingga Ahad ini, kata pengendalinya, melanjutkan penutupan itu kepada sehari lagi susulan serangan bunuh diri minggu ini oleh militan IS.
Status dimuatnaik di laman sosial Twitter oleh pihak lapangan terbang, "Pesawat penumpang masuk dan keluar dari lapangan terbang Brussels akan digantung sementara hingga Ahad, 27 Mac ini. "Ada banyak kerosakan dan kami tidak mahu memasuki bangunan kerana siasatan masih dijalankan.
Sehubungan dengan itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengambil tindakan segera untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan pada paras paling tinggi di lapangan terbang seluruh negara berikutan kejadian serangan bom di Lapangan Terbang Brussels Selasa lepas.
"Kami juga menambah pemeriksaan terhadap semua pintu masuk dan meningkatkan keseluruhan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan melibatkan penumpang, barang dan petugas lapangan terbang," katanya apabila dihubungi Bernama pada Khamis.
Sekurang-kurangnya 34 orang maut dan 180 cedera dalam letupan bom di Lapangan Terbang Zaventem dan metro Maelbeek di Brussels pada Selasa. - CARI Infonet
Kredit : Astro Awani dan BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Harap guna juga juga anjing pengesan....lebih berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
sana sini je boleh dorang letup... sambil lalu pun blh.. takut plak nak naik flight |
|
|
|
|
|
|
|
OT jap. KLIA tu nak jimat ke sampai Aircond pun tak terasa? Kalau dulu2, menggigil duduk dalam KLIA tapi sekarang berpeluh kepanasan.
Tau la musim panas tapi tempat lain yang beraircond relax je sejuk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|