CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1851|Reply: 3

[Tempatan] Alas meja hasilkan muzik

[Copy link]
Post time 25-3-2016 09:30 AM | Show all posts |Read mode
STOCKHOLM 24 Mac – Dalam usaha mewujudkan kelainan dan menarik perhatian pelanggan, sebuah syarikat kain Sweden, Smart Textiles menghasilkan alas meja yang boleh mengeluarkan bunyi muzik.


Fabrik pintar yang dihasilkan oleh pereka, Li Guo dan Mats Johansson tersebut mempunyai kit dram dan papan nada yang apabila ditekan boleh mengeluarkan muzik.
Portal Oddity Central melaporkan, Johansson sangat meminati muzik, manakala Guo yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang sensor tekstil sedang menyelidik cara untuk menggabungkan dua e­lemen berkenaan.

Gabungan mereka berdua menghasilkan alas meja berirama itu.

“Kami mahu menggabungkan bunyi dan fabrik selain cuba menghasilkan satu ciptaan sensor tekstil yang menyeronokkan.

“Oleh kerana saya meminati muzik, kami cuba menghasilkan kain berirama. Apa yang menarik, kami menggunakan teknologi pembuatan tekstil sedia ada,” kata Johansson.
Jelasnya, mereka mencetak imej piano pada sehelai kain sebelum membuat dram pada kain sama menggunakan fabrik bersalut plastik.

“Kemudian kami menggunakan jahitan sebagai penghubung, jadi semua teknologi ini adalah perkara yang biasa digunakan dalam pembuatan tekstil,’’ katanya.
Menurut beliau, cabaran yang dihadapi mereka adalah menggabungkan fabrik lembut dengan komponen elektronik yang keras termasuk wayar dan bateri.

Guo pula berkata, pembuatan alas meja itu masih diperingkat awal dan mereka percaya teknologi sensor boleh digunakan untuk aplikasi lain.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.IlFQdE4L.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 04:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 05:23 PM | Show all posts
tak letih ke sambil makan nak main2 musik?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mgkin agk mgganggu pbila mkn brsama ank2 kecik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.168519 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list