CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3846|Reply: 23

[Tempatan] Ringgit kian mengukuh

[Copy link]
Post time 24-3-2016 11:46 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kenaikan Ringgit untuk dibuka pada RM3.98 berbanding dolar Amerika dalam sesi pembukaan Rabu menjadi berita baik bagi rakyat Malaysia.

Ini merupakan kali kedua ringgit diniaga di bawah paras RM4.00 berbanding dolar minggu ini, dan kadar tertingginya sejak Ogos 2015.

Tapi tahukah anda mengapa ringgit menunjukkan peningkatan begitu memberangsangkan setelah sekian lama menyusut secara berterusan?

Wartawan Astro AWANI, Luqman Hariz menemu bual Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank dan pakar ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan.

1. Harga komoditi terus meningkat


Kenaikan harga komoditi pastinya akan memberi limpahan yang positif. ”
- Datuk Dr Nazri Khan
[url=][/url]
[url=][/url]
[url=][/url]
[url=][/url]
[url=whatsapp://send?text= %E2%80%9C Kenaikan harga komoditi pastinya akan memberi limpahan yang positif. %E2%80%9D - Datuk Dr Nazri Khan %20http://www.astroawani.com/berita ... ggit-mengukuh-99639][/url]


Ia diketahui umum bahawa sektor minyak dan gas memainkan peranan begitu penting dalam ekonomi Malaysia.

Sehingga Julai 2015, sektor minyak dan gas menyumbang kira-kira 18 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Antara faktor utama yang memberi sokongan kepada ringgit adalah aliran menaik harga komoditi secara amnya. Harga minyak telah pun mencecah paras tertinggi dalam tahun ini iaitu AS$42 setong.

“Harga minyak sawit mentah juga kini lebih dari RM2,700 satu tan.

“Kenaikan harga komoditi pastinya akan memberi limpahan yang positif,” kata Nazri.


2. Pelaburan meningkat ke dalam bursa tempatan

Menurut Nazri, sentimen positif pelabur terhadap bursa saham tempatan telah melonjakkan indeks tempatan, indeks FBM KLCI.

Ini seterusnya memperbaiki sentimen pelabur terhadap Ringgit.

Menurut Nazri, aliran masuk pelaburan asing ke dalam bursa tempatan turut memainkan peranan penting dalam peningkatan ringgit.




“Kita tahu aliran masuk wang luar (ke dalam bursa tempatan) juga telah meningkat sejak enam bulan lepas.

“Ini menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia akan berterusan,” dakwa Nazri.


3. Bayangan oleh “The Fed

Kadar tukaran Ringgit diukur berbanding dolar Amerika.

Ini bermakna nilai pertukaran ringgit terdedah kepada naik turun matawang dolar yang bergerak mengikut keadaan ekonomi Amerika Syarikat.

Pada 16 Mac lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat atau The Fed, Janet Yellen memberi bayangan bahawa kadar faedah negara itu akan ditingkatkan secara kurang kerap berbanding yang dijangka sebelum ini.

Ini bermakna ekonomi Amerika masih kurang kukuh buat masa ini.

Ini seterusnya menurunkan nilai dolar sekaligus, meningkat kadar tukaran ringgit berbanding matawang itu.

“Kita mengalu-alukan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah memberi bayangan bahawa mereka mungkin tidak akan meningkatkan kadar faedahnya secara agresif seperti yang diramalkan oleh pakar ekonomi.

“Ini juga bermakna dalam masa terdekat, perbezaan kadar faedah di antara Amerika Syarikat dan Malaysia juga kekal pada paras yang sihat,” katanya.


Apa jangkaan bergerak ke hadapan?

Nazri berkata, beliau menjangka Ringgit akan terus mengukuh sekitar paras yang dilihat kini, sehingga hujung 2016.

Affin Hwang meletakkan sasaran rasmi RM3.95 (berbanding dolar) untuk hujung tahun ini. ”
- Datuk Dr Nazri Khan
[url=][/url]
[url=][/url]
[url=][/url]
[url=][/url]
[url=whatsapp://send?text= %E2%80%9C Affin Hwang meletakkan sasaran rasmi RM3.95 (berbanding dolar) untuk hujung tahun ini. %E2%80%9D - Datuk Dr Nazri Khan %20http://www.astroawani.com/berita ... ggit-mengukuh-99639][/url]



“Affin Hwang Investment Bank meletakkan sasaran rasmi RM3.95 (berbanding dolar) untuk hujung tahun ini.

“Kami yakin sasaran ini akan dicapai melihat kepada faktor-faktor persekitaran luar yang sangat positif dan asas ekonomi kita yang masih kukuh,” katanya.






#kalu cmni harga keta bole trun balik la kn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 11:53 AM | Show all posts
alhamdulillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:57 AM | Show all posts

syukur byr icloud bkn rm4.20 lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga politician2 bangsat kat msia tak merosakkan trend positif ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:27 PM | Show all posts
semoga tiada kenaikkan harga petrol RON bulan april ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:48 PM | Show all posts
semoga br1m boleh ditambah lagi yahooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 12:53 PM | Show all posts
maka kuranglah keperitan hidup ku bila bayar online guna USD..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayol nak beli surface 4 ni..

Hopefully smpi lah 3.00rm per usd..

Boleh la verangan  dpt rega selesa dikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
abesla nazri teksi meroyan. pelancong asing akan menciput katenye
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:28 PM | Show all posts

bila ringgit jatuh salahkan Najib

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringgit mengukuh, minyak menurun... harga minyak boleh rendahkan lagi laa kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan  malesia dah dekat nk bankrap mcm yg dilaungkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:55 PM | Show all posts
Berapa pulak harga minyak bulan april nanti?
Ringgit makin baik, harga minyak pun dak agak baik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 03:14 PM | Show all posts
sejuk hati mak
klu sampai ke asal balik 3.1...mgkin mak akan uturn maki mahadey plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagussss..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 03:22 PM | Show all posts
bole lah melancong ke oversea dgn girang gumbira   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
harap mahathir jgn rosakkan ekonomi negara lagi:
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
PenangWin replied at 24-3-2016 03:36 PM
harap mahathir jgn rosakkan ekonomi negara lagi:

Madey ke sebab ekonomi jatuh?? Selain 1MDB-pelabur lari..
Tu mungkin salah satu faktor tp lihat semua, negara lain pun jatuh matawang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 04:02 PM | Show all posts
wana89 replied at 24-3-2016 04:01 PM
Madey ke sebab ekonomi jatuh?? Selain 1MDB-pelabur lari..
Tu mungkin salah satu faktor tp lihat s ...

puncanya harga minyak la kan....cuma isu bijan tu make it worse....
kdg2 org ni taknak tgk isu menyeluruh... tahu menyalak je.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 24-3-2016 04:02 PM
puncanya harga minyak la kan....cuma isu bijan tu make it worse....
kdg2 org ni taknak tgk isu m ...

Aha..betul tu Harga minyak turun.. Lepas tu USD mengukuh..
Madey tu salah satu faktor tp Ada juga faktor Makro yg lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.084876 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list