CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6669|Reply: 23

[Tempatan] Bedak Sejuk Menyejukkan Kepanasan

[Copy link]
Post time 24-3-2016 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Tradisi memakai bedak sejuk sudah lama dilupakan namun ketika menghadapi cuaca panas dan kering seperti sekarang adalah sangat sesuai kerana ia membantu mengawal suhu badan.

“Dulu bedak sejuk diperbuat dengan beras dan kemudiannya dicampurkan bersama bunga-bungaan bagi menambah kewangian bedak untuk menyegarkan wajah dan badan,” kata Embat Mamat, 80, dari Kampung Tanjung Gelang, di sini.

Menurutnya, kaedah menggunakan bedak mampu menyegarkan kulit dan badan akibat terdedah dengan sinaran matahari terutama selepas pulang bekerja.

Katanya, dahulu dia bekerja menyiang ikan di pusat perusahaan membuat keropok dan keadaan amat panas berikutan kampungnya berhampiran laut mendorongnya mengamalkan kaedah memakai bedak sejuk bagi menyegarkan kembali kulit dan badan.

“Dalam keadaan cuaca panas ketika ini hingga boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering, ia amat sesuai digunakan.

“Saya sudah lama mengamalkan penggunaan bedak sejuk ini dan ia mampu menyegarkan kulit selain mengekalkan kelembapan,” katanya.

Menurutnya, kosnya yang rendah ditambah pula dengan cara penggunaan yang mudah dilihat lebih praktikal bersesuaian dengan usia emasnya untuk berhadapan cuaca panas.

Jirannya, Kamariah Othman, 54, berkata, bedak sejuk biasanya digunakan golongan wanita terutama pada waktu malam sebelum tidur namun memandangkan cuaca panas melanda negara kaedah itu boleh digunakan sekiranya berada di rumah.

“Amat mudah hanya masukkan bedak ke dalam air kemudian sapu pada muka, lengan dan leher bagi menghilangkan bahang kepanasan.

“Ia amat sesuai dan kosnya juga murah dan juga berkesan untuk mengurangkan rasa kepanasan pada badan serta muka,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/125037#sthash.5lDxrGQj.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kelasss posing nenek tu...bak bertanya kat cermin 'mirror..mirror on my hand....whose the fairest of them all'

*matilah que putih...*
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:43 AM | Show all posts
oh bedak sejuk. terbca badak sejuk. trs bayang air badak cap kaki tiga
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:49 AM | Show all posts
iols ingat lagi.. satu mlm tu iols kua dari bilik nk ke bilik air, budak bilik depan iols kebetulan kua, dia jerit kuat gila.

"kenapa"aku tanya.
"oi terkejut ak tgk muka ko putih mcm tuh!"

la, aku lupa.. pakai bedak sejuk rupanya!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak lah nenek posing macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:18 AM | Show all posts
sejuk time tepek tu je kan? dah kering takde la rasa sejuk lagi..
kalau panas satu badan, takkan nak tepek bedak sejuk satu badan ye tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2016 10:21 AM | Show all posts
DayangKirana replied at 24-3-2016 10:18 AM
sejuk time tepek tu je kan? dah kering takde la rasa sejuk lagi..
kalau panas satu badan, takkan na ...

buat mandi bedak sejuk terus... mana tau kot berkurang kepanasan...


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:24 AM | Show all posts
teringat arwah opah i..she mmg amal pakai bedak sejuk..siap buat lagi..wangi campur dgn daun pandan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 10:28 AM | Show all posts
Orang Malaysia suka tepek bedak sejuk yang geng Myanmar suka tepak tanaka sama je consept nya bahan makeup dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:32 AM | Show all posts
bedak sejuk ni legend
skang model dia dah jadi bini seseorang yg bibirnya pink

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 24-3-2016 10:32 AM
bedak sejuk ni legend
skang model dia dah jadi bini seseorang yg bibirnya pink

Sengal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 11:10 AM | Show all posts
Mizlyn replied at 24-3-2016 10:24 AM
teringat arwah opah i..she mmg amal pakai bedak sejuk..siap buat lagi..wangi campur dgn daun pandan. ...

mak sedara aku rajin buat bedak sejuk ni...
selalu bawa kalau dia datang ke rumah...

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:13 AM | Show all posts
KENE BELI NIH...lama dah x bebedok sejuk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:14 AM | Show all posts
Jagendas replied at 24-3-2016 10:32 AM
bedak sejuk ni legend
skang model dia dah jadi bini seseorang yg bibirnya pink




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:15 AM | Show all posts
nanti nak cari la
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:15 AM | Show all posts

ngeri betul gamba real tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 11:15 AM | Show all posts

pre order kt putrajaya sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:16 AM | Show all posts
Jagendas replied at 24-3-2016 11:15 AM
ngeri betul gamba real tu

yang tu dah berapa layer punya photoshop dah tu.. yang real nye lagi ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:17 AM | Show all posts
sipendiam replied at 24-3-2016 11:16 AM
yang tu dah berapa layer punya photoshop dah tu.. yang real nye lagi ngeri

yg real nk kne iron steam dulu baru ilang kedut



silap2 kene c4 nanti ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:19 AM | Show all posts
Jagendas replied at 24-3-2016 11:17 AM
yg real nk kne iron steam dulu baru ilang kedut

tengok la balik nanti depan rumah ko ada tong simen aku tak jamin hahahaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.108635 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list