Oleh Izzah Abbasy
Orang kata nak kaya, kahwin. Nak bahagia, saling memahami. Nak saling 'sweet-menyuweet' bagi kejutan. Eh, betul ke?
Suka kongsikan anda tentang isteri yang di "prank" oleh suami semasa hari jadinya. Menurut sumber, pada mula si suami beriya cakap nak bagi hadiah aiskrim sahaja sebab mereka pun baru berkahwin dan tak berapa nak stabil lagi. Isterinya faham keadaan itu dan tetap gembira walaupun hadiahnya ahanyalah aiskrim.
Tetapi, bila tiba hari yang dinantikan, si isteri pun terkejut bila aiskrim yang dicedoknya terdapat sesuatu yang berharga. Bukan murah-murah tau! - CARI Infonet
Kredit : Facebook Nurul Esyazawani Esa
|