CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 11

[Tempatan] Dua novel tempatan dicalon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin

[Copy link]
Post time 21-3-2016 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by LavaUollss at 21-3-2016 10:41 PM

Dua buah novel karya penulis tempatan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016 pada 9 Jun depan bagi kategori novel bahasa Inggeris atau novel diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Novel tersebut ialah 'Tree of Sorrow' yang diterjemahkan daripada 'Luka Nering' dan 'The Michelangelo Code', masing-masing hasil karya Malim Ghazoli dan Nazehran Jose Ahmad.

Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Abang Patdeli Abang Ali berkata kedua-dua novel tersebut dicalonkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan ini merupakan kali pertama hasil karya negara tercalon dalam ASAD.




ASAD yang dianjurkan oleh Dublin City Council memasuki tahun ke-21penganjurannya pada tahun ini.

"Novel yang tercalon ini sudah menjadi satu kebanggaan buat negara, jika menang, itu satu bonus," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Karya 'Tree of Sorrow' anjuran bersama DBP dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di Kuala Lumpur, hari ini.


Abang Patdeli berkata DBP turut berbangga dengan pencalonan tersebut memandangkan karya 'Tree of Sorrow' merupakan terbitan pihaknya.

Sementara itu, penulis 'Luka Nering' dan 'Tree of Sorrow' Malim Ghazoli berkata pencalonan karyanya dapat membantu perkembangan industri penulisan tempatan.

Katanya setiap penulis harus mempunyai keinginan untuk mencabar diri mereka ke tahap yang lebih tinggi.

"enulis perlu variasikan hasil karya mereka, tidak hanya tumpukan pada satu bahasa sahaja, barulah karya itu dapat menembusi pasaran antarabangsa," katanya.

Sebanyak 160 buah buku daripada 44 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan hanya seorang pemenang dipilih menerima ASAD 2016.

Anugerah berkenaan sebelum ini dikenali Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin dan menawarkan hadiah utama berjumlah RM470,000 (100,000 Euro).

- Bernama




p/s: lu olang semua mesti tak pernah baca novel ni kan? lu olang baca novel suamiku jernagkung atau pun boyfriendku setan saja kan...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 10:52 PM | Show all posts
owh... ingatkan "Suamiku something something bangang jadah" punya novel yang dipilih. Maklumlah, ramai pembaca novel gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamaknya ni kalau aku baca ni tak faham kot. Tinggi sgt sasteranya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamaknya ni kalau aku baca ni tak faham kot. Tinggi sgt sasteranya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:21 PM | Show all posts
sib baik bukan stok2 novel alaf 21 yg tajuk2 bodoh2 x cukup akal mcm :
aku bukan bimbo
helo mr arrogant
tundukkan playboy bangla itu
rindu bangla 200%


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:23 PM | Show all posts
otak aku xmampu digest novel

sehingga ke sudah xboleh membaca novel dgn baik


org kata andai kita boleh baca novel dan fahamkan , kecemerlangan PR tu kita ada , kemahiran dgn public and mass mmg terbaik

org kata ......................aku dengar shj .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2016 12:16 AM | Show all posts
bawa bertanding Pulitzer jugak, tak pun Booker Prize
tu kira mcm hadiah nobel utk penulisan sastera

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:20 AM | Show all posts
ingatkan aku bukan bimbo ke suamiku encik sotong ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 12:22 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 22-3-2016 12:24 AM

https://en.wikipedia.org/wiki/Man_Booker_Prize

tgk senarai ni, negara kita belum pernah menang lg
padahal produk english negera kita kira bagus gak compared to other commonwealth countries
maybe boleh diperkenalkn dan dicalonkan bile dh publish kt UK sane
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
meols pun ingat buku ala2 suamiku bla bla
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 01:43 AM | Show all posts
Lega dorang tak calonkan Suamiku Encik Tapir atau Tunangku Gila Babi 90%
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 01:51 AM | Show all posts
HannahMontana replied at 21-3-2016 11:23 PM
otak aku xmampu digest novel

sehingga ke sudah xboleh membaca novel dgn baik

Macam betul jeMy friends yg kaki novel ni
PR diorg mmg bagus
Sama ada formal atau casual dgn kawan2




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058889 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list